, , ,

Awas Produk ‘SF Protect & Perfect Day Cream’ Ada Logam Berat Merkuri

Produk 'SF Protect & Perfect Day Cream'
Awas Produk ‘SF Protect & Perfect Day Cream’ Ada Logam Berat Merkuri Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan produk ‘SF Protect & Perfect Day Cream’ selepas dikesan mempunyai logam berat merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan melarang penjualan produk kosmetik itu berkuatkuasa serta merta.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan sudah diarahkan memberhentikan penjualan atau pembekalan.

“Syarikat juga diminta memanggil balik semua stok fizikal produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

“Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-8835532/5533/5537 – myMetro

What do you think?

points
Upvote Downvote
POST MENARIK  Polis Lancar Op Warta Pesalah Trafik Mei 2015

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

(Visited 56 times, 1 visits today)

One Comment

Leave a Reply
  1. oh..ye satu lagi akak nak bagitahu…cari entry tadi yg akak komen dh x jumpa dah..jadi akk komen kat tempat baru…
    akk nak bgtahu..ni kali pertama akak singgah blog ni..tak tahu pun selama ni blog pig merah n ada…sehinggalah awak komen ka blog akak…komen yang kaw2 lak tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *