, , , , , ,

Punca Keracunan Makanan Dan Cara Mengatasi

Punca Keracunan Makanan Dan Cara Mengatasi. Berikut dikongsikan Punca Keracunan Makanan Dan Cara Mengatasi kepada anda semua bagi mengetahui punca dan kaedah mengatasi keracunan makanan.

Punca Keracunan Makanan Dan Cara Mengatasi

Punca Keracunan Makanan Dan Cara Mengatasi

Apa itu keracunan makanan? Keracunan makanan ialah apa juga penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Dilaporkan terdapat 6,624 kes keracunan makanan pada 2007 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).
Apa yang menyebabkan keracunan makanan? Punca keracunan makanan:
  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria berkenaan dan virus
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasil laut bercengkerang seperti kekerang
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan? Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada:
  • Agen penyebab keracunan itu
  • Jumlah (dos) bakteria, virus atau toksin
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit mungkin akan mengalami :
  • Loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
 
Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih daripada empat jam)
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan mentah disimpan bersama makanan yang telah dimasak)
  • Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna
  • Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
  • Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih
  • Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan
POST MENARIK  Keputusan Africa Cup of Nations 2017 AFCON

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan? Cara mengelak keracunan makanan dan cara mengatasi? :

  • Sentiasa menjaga kebersihan
  • Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
  • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
  • Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
  • Pastikan kawasan dapur bebas daripada serangga , makhluk perosak dan haiwan lain.
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah daripada yang telah dimasak
  • Asingkan daging, ayam dan makanan laut mentah dengan yang telah dimasak
  • Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
  • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah di dalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan pencemaran silang
  • Sentiasa masak dengan sempurna terutama daging, ayam, telur dan makanan laut
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
  • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih empat jam
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi di dalam peti sejuk/peti sejuk beku
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
  • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman dibotolkan/berbungkus
  • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Jangan makan makanan yang sudah melepasi tarikh luput
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan di luar
  • Hindari gerai/kedai makan kotor
Apa yang perlu dilakukan jika mengalami keracunan makanan?
  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Ikut nasihat doktor
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan itu
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah terdekat
 (Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote
POST MENARIK  Harga Lesen Memandu Terkini

Total votes: 8

Upvotes: 3

Upvotes percentage: 37.500000%

Downvotes: 5

Downvotes percentage: 62.500000%

(Visited 4,546 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *