, ,

Tema Umum Sejarah SPMU Kertas 3 2016

Untuk makluman kepada semua calon persendirian SPMU 2016, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan  tajuk soalan atau Tema Umum Sejarah SPMU Kertas 3 2016 yang boleh di muat turun bermula 3 Mei hingga 6 Jun 2016. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar.

 

Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

Tema Umum Sejarah SPMU Kertas 3 2016

TEMA UMUM SPMU 2016:

  • Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara.
Sebelum kedatangan penjajah British, masyarakat peribumi di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjalankan kegiatan ekonomi yang tersendiri. Pada abad ke-19, British menguasai ekonomi dan memberi  kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat peribumi
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

POST MENARIK  Punca Keracunan Makanan Dan Cara Mengatasi

2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.

3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.

4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, surat khabar, internet dan bahan-bahan lain yang berkaitan.

5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

POST MENARIK  Tarikh Penting Dan FAQ Permohonan UPU

7. Calon hendaklah memastikan penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan tidak mengganggu calon lain.

KERTAS SOALAN TAMAT

What do you think?

points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

(Visited 719 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *