, , , ,

Jadual Imunisasi 2016 KKM

Jadual Imunisasi 2016 KKM. Semua bayi atau kanak-kanak berhak untuk mendapat imunisasi yang lengkap. Mungkin ada antara kita pernah berdepan dengan sesetengah ibu bapa muda yang menolak pemberian vaksin kepada anak mereka sejak bayi, lantas tertanya-tanya apakah yang menyebabkan kumpulan ini berpendirian sebegitu. Lebih membimbangkan apabila wujud gerakan antivaksin yang semakin menular dan semakin lantang memberikan hujah dangkal yang nyata bertentangan dengan sains dan perubatan menerusi laman sesawang dan jaringan media sosial.

Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan.

Jadual Imunisasi 2016 KKM

Jadual Imunisasi 2016 KKM

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) dan KKM telah mengeluarkan jadual immunisasi baru bermula 2016.

Perbezaan utama adalah pada jadual immunisasi MMR (Measles, Mumps & Rubella) yang mempunyai 2 dos, dos pertama pada usia 9 bulan dan dos kedua pada usia 12 bulan.

Sebelum ini hanya satu dos MMR sahaja yang diberi pada usia 12 bulan. Jadual ini telah diedarkan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.
POST MENARIK  Senarai Peserta Duo Star 2016 Musim Pertama

Jadual Imunisasi 2016 KKM

Vaksin ialah virus atau bakteria yang telah mati atau dilemahkan fungsi virulen (bahaya) dengan kaedah tertentu. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut manakala kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa. Biasanya kesannya amat ringan dan tidak membahayakan.

Vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) WHO. Vaksin ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan dan ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit. Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini.

Lebih banyak vaksin mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang. Jadual imunisasi yang sedia ada ini mungkin akan diubah suai dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.

POST MENARIK  Pembayaran Bil TNB Online

Jadual Imunisasi 2016

 

 

  • BCG – adalah vaksin yang memberi perlindungan terhadapa Tuberkulosis
  • DTaP – adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difeteria, Tetanus dan Pertusis
  • DT – adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difeteria dan Tetanus
  • Hib – adalah Haemophilus Influenzae type B
  • MMR – adalah Measles (campak), Mumps (Beguk) dan Rubella
  • MR – adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadapa Measles (campak) dan Rubella
  • JE – adalah Japanese Encephalitis yang hanya diberikan di Sarawak
  • HPV – adalah Human Papilllomavirus yang hanya diberikan pada remaja perempuan 13 Tahun. Dos Kedua akan diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos Pertama

Semoga maklumat dan panduan ini dapat membantu anda mendapat kan suntikan vaksin dan mencegah anda daripada mendapat penyakit yang tidak diingini.

SUMBER – PANDUAN MALAYSIA, KKM

What do you think?

points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

(Visited 452 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *