, , ,

Cara Mengatasi Rambut Gugur

Cara Mengatasi Rambut Gugur. Pernahkah anda berdepan situasi rambut bertaburan di lantai dan mudah tersekat pada sikat ketika menyikat rambut? Jika ya, anda berkemungkinan berdepan masalah keguguran rambut.Keguguran rambut terjadi apabila hormon androgen atau dikenali sebagai testosteron yang wujud dalam tubuh lelaki atau perempuan bertukar menjadi hormon dihydrotestosterone (DHT). Berikut adalah Cara Mengatasi Rambut Gugur yang dapat dikongsikan pada anda semua mengatasi masalah rambut anda.

Cara Mengatasi Rambut GugurProses penukaran itu membahayakan folikel rambut, lantas menjejaskan kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut yang normal. Setiap orang menggugurkan sebanyak 50 hingga 100 helai rambut sehari. Dalam kitaran rambut yang seimbang, jumlah pertumbuhan rambut adalah sama dengan bilangan rambut yang gugur. Keguguran rambut berlaku apabila rambut gugur melebihi pertumbuhan rambut.

Ini dicirikan melalui corak kebotakan lelaki dan rambut menipis, di samping ciri-ciri lain. Ini boleh disebabkan oleh banyak faktor, termasuk ketidakseimbangan hormon, tekanan, putus haid (menopos), selepas bersalin dan genetik.Ahli Persatuan Penyelidik Rambut Eropah, Dr Jia Wei Liu berkata, keguguran rambut adalah keadaan umum yang biasa dalam kalangan lelaki dan wanita.

Cara Mengatasi Rambut Gugur

Penggunaan CG210 membolehkan rambut gugur kembali normal dalam masa 44 hari, memperbaiki keadaan rambut yang sihat dengan peningkatan sebanyak 79.9 peratus pada kolagen kulit kepala selepas empat bulan. Ia juga menggalakkan peningkatan pertumbuhan rambut sebanyak 11 peratus dalam tempoh tiga bulan serta meningkatkan ketebalan rambut, di mana diameter rambut bertambah lebih 37 peratus berbanding plasebo.

1) Minyak Lavender – Selain membantu mengatasi masalah rambut gugur, minyak lavender juga dapat membantu merawat rambut yang rosak. Apa yang perlu anda lakukan adalah, sapukan sedikit minyak lavender pada rambut dan urut bahagian kulit kepala secara perlahan. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Minyak Lavender akan membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.

2) Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun – Kedua-dua minyak ini memang cukup terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, anda perlu campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup dengan shower cap dan biarkan untuk lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu.

POST MENARIK  Top 10 bandar dengan kos hidup paling murah di dunia

3) Makanan Tinggi Protein – Rambut memerlukan protein untuk tumbuh dengan lebat, subur dan sihat. Bila kita mengamalkan makanan yang tinggi kandungan protein, rambut bukan sahaja yang tumbuh dengan lebat tetapi dapat juga mengelak dari berlakunya kerosakan rambut.

4) Santan Kelapa – Petua tradisional yang kerap digunakan untuk perawatan rambut adalah dengan menggunakan santan. Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil santan yang pekat dan lumurkan ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala. Urut kulit kepala untuk seketika dan biarkan selama sejam sebelum membasuh rambut seperti biasa. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk melihat hasilnya. Penggunaan santan kelapa bukan sahaja akan melebatkan rambut tetapi ia juga akan membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan hitam.

5) Yogurt – Selain santan, yogurt juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Anda hanya perlu melumurkan yogurt ke atas seluruh bahagian rambut seperti masker rambut. Biarkan selama sejam dua sebelum anda membasuh rambut seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.

6) Kacang Hijau – Selain elok untuk kulit muka, kacang hijau juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Anda perlu mengambil secawan kacang hijau dan merendamkannnya terlebih dahulu. Rendam semalaman. Tapis kacang hijau tersebut dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau pada seluruh bahagian kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.

Keguguran rambut terjadi apabila hormon androgen atau dikenali sebagai testosteron yang wujud dalam tubuh lelaki atau perempuan bertukar menjadi hormon dihydrotestosterone (DHT). Proses penukaran itu membahayakan folikel rambut, lantas menjejaskan kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut yang normal. Setiap orang menggugurkan sebanyak 50 hingga 100 helai rambut sehari.

POST MENARIK  Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

Dalam kitaran rambut yang seimbang, jumlah pertumbuhan rambut adalah sama dengan bilangan rambut yang gugur. Keguguran rambut berlaku apabila rambut gugur melebihi pertumbuhan rambut. Ini dicirikan melalui corak kebotakan lelaki dan rambut menipis, di samping ciri-ciri lain. Ini boleh disebabkan oleh banyak faktor, termasuk ketidakseimbangan hormon, tekanan, putus haid (menopos), selepas bersalin dan genetik.

Apakah pertumbuhan rambut yang normal?

Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa.

  • Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 – 6 tahun
  • Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
  • Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 – 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya

Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun

Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?

Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan Cara Mengatasi Rambut Gugur.

  • Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula
  • Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE perlu dilakukan untuk rawatan
  • Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat
  • Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi
    • Contohnya, minoxidil dalam bentuk topikal 2% dan 5% dapat memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau wanita
    • Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki
  • Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania

SUMBER – NotaWanita

What do you think?

points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

(Visited 328 times, 1 visits today)

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *