, , , , , ,

Cara Solat Sunat Istikharah Lengkap

Cara Solat Istikharah Lengkap. Solat istikharah ialah solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah bagi menentukan pilihan yang lebih baik antara dua perkara yang belum dapat ditentukan baik buruknya bagi seseorang. Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat. Berikut adalah Cara Solat Sunat Istikharah Lengkap yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Cara Solat Sunat Istikharah LengkapSolat ini lebih afdhal dikerjakan pada malam hari. Selepas  selesai solat teruslah berdoa dengan doa istikharah.  Setelah itu ambillah keputusan perkara yang hendak dilakukan berdasarkan kecenderungan hati. Jika masih ragu-ragu maka lakukanlah lagi solat tersebut sehingga mendapat ketetapan hati untuk membuat keputusan. Jika masih dalam keraguan juga, maka Insya Allah apa yang ditakdirkan selepas itu samada meneruskan atau tidak cita-cita tersebut mempunyai kebaikan dan taufik daripada Allah. Semoga Cara Solat Sunat Istikharah Lengkap ini dapat membantu anda mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Cara Solat Sunat Istikharah Lengkap

  1. [button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Niat:[/button]

Niat-solat-sunat-Istikharah

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]Bacaan dalam rumi:[/button] Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

POST MENARIK  Keputusan Anugerah Melodi 2016 TV3 Melodi

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]Maksud:[/button] Aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala

2. [button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Membaca surah al-Fatihah dan disusuli:[/button]

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali) Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali) Atau; Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali) Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali)

3. [button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Bacaan sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:[/button]

tasbih-sujud-istikharah-sq

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]Bacaan dalam rumi:[/button] Subhanakala ilmalana illama alamtana innakaantal alimul’hakim

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]Maksud:[/button] Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Bacaan Doa Solat Sunat Istikharah[/button]

ist2

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]Maksud:[/button] “Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”

Sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”
Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
SUMBER – PanduanMalaysia

What do you think?

points
Upvote Downvote
POST MENARIK  Semakan keputusan kemasukan UPU atau IPTA Sesi Akademik 2014/ 2015

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

(Visited 162 times, 1 visits today)

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *