, , ,

Jadual Peperiksaan SPM 2016

Jadual Peperiksaan SPM 2016. Peperiksaan bertulis SPM 2016 akan diadakan bermula 7 November hingga 6 Disember 2016. Untuk makluman, tarikh keputusan peperiksaan SPM 2015 pula akan diumumkan pada 3 Mac 2016 menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Berikut adalah Jadual Peperiksaan SPM 2016 yang dapat dikongsikan dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016.

Jadual Peperiksaan SPM 2016

Jadual Peperiksaan SPM 2016

spm1

spm2

spm3spm4spm5spm6

Amaran Peperiksaan / Pentaksiran

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:[/button]

  1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan
  3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain
  4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan
  5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain
  6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan
  7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon
  8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan
  9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan
POST MENARIK  Keputusan Pilihan Raya Gabenor Jakarta 2017

Calon yang tidak mematahi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:

  • Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan
  • Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan
  • Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal

Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar menguruskan masa membuat ulangkaji dan rujukan sebelum tarikh peperiksaan SPM 2016 dan semoga berjaya kepada para pelajar yang menduduki peperiksaaan SPM 2016

POST MENARIK  Keputusan Liga Perdana Malaysia 2017 Terkini

What do you think?

points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

(Visited 409 times, 1 visits today)

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *