, , , ,

Konsep Dan Definisi Sistem Pengangkutan

Pelajar Tingkatan 3 perlu menyiapkan Kerja Kursus yang merupakan jenis pentaksiran “Pelbagai Instrumen” yang terdapat dalam peperiksaan PT3. Berikut adalah Konsep Dan Definisi Sistem Pengangkutan yang dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pelajar semua menyiapkan Kerja Kursus / Folio Geografi PT3 2016.

Konsep dan takrifan sistem pengangkutan awam

Konsep Dan Definisi Sistem Pengangkutan

Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagian yang biasa adalah :

  • Pengangkutan darat
  • Pengangkutan laut
  • Pengangkutan udara

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai perkhidmatan rel dan bas, definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan sebagainya. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.

POST MENARIK  Contoh Surat Permohonan Latihan Industri

Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai pengangkutan umum dan biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau institusi pendidikan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sistem Pengangkutan bermaksud sistem kenderaan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api di sesuatu kawasan. Dikawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang, terdapat pengangkutan awam seperti bas Cityliner dan teksi yang menawarkan harga yang berpatutan.

Peranan pengangkutan

  1. Mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran
    • Pengangkutan memudahkan pemindahan barang dari tempat yang mengalami lebihan ke tempat yang mengalami kekurangan supaya penawaran dan permintaan dapat diselaraskan. Penawaran yang berlebihan akan menyebabkan harga menurun sementara penawaran yang tidak mencukupi akan mengakibatkan kenaikan harga. Dengan bantuan pengangkutan,harga akan dapat distabilkan kerana lebihan penawaran dapat diagihkan ke tempat yang mengalami kekurangan.
  2. Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa
    • Pengangkutan membantu meluaskan pasaran kerana dapat mengagihkan barang ke merata tempat dan dapat meningkatkan keuntungan. Perniagaan import dan eksport dapat dijalankan dengan licin dengan adanya sistem pengangkutan yang moden dan canggih. Contohnya, udang galah yang segar dapat dieksport ke Jepun dengan terdapatnya sistem pengangkutan udara. Perkembangan pernigaan antarabangsa juga dapat mengeratkan perhubungan diplomatik antara negara di dunia.

Kepentingan Menggunakan Pengangkutan Awam

  1. Mengurangkan kesesakan jalan raya
  2. Selamat
  3. Menjimatkan kos
  4. Menjimatkan masa
  5. Menjimatkan tenaga
  6. Mengangkut barangan
  7. Sumber pendapatan
  8. Mengurangkan kesesakan
  9. Peluang pekerjaan
  10. Kemajuan industri sokongan
  11. Mengangkut 
penumpang
  12. Pelancongan
  13. Perdagangan
POST MENARIK  Permohonan Guru Vokasional KPM 2016

SUMBER – Wikipedia, Jomria, CekguNorazimah

What do you think?

points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

(Visited 54,318 times, 3 visits today)

12 Comments

Leave a Reply

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *