, , ,

Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMS

Cara Semak Status Halal Jakim Online Dan SMS. Terlalu banyak barangan tidak halal masa kini kerana ada peniaga yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Berikut adalah Cara Semakan Status Halal Jakim yang dapat membantu anda dalam memilih produk yang halal.
Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMSOleh itu semakan status halal online mampu merealisasikan hasrat kerajaan bagi meningkatkan kredibiliti halal dengan menjadikan masyarakat Malaysia yang memiliki jaringan sistem telekomunikasi yang baik disamping telefon bimbit yang canggih sebagai pemantau barangan halal secara tidak langsung selain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama JAKIM.

Semakan Status Halal Jakim

Pengguna boleh mengakses maklumat halal dengan cara-cara berikut :
Cara Semak status HALAL Online
  1. Semak status HALAL – HALAL JAKIM
  2. Senarai syarikat yang mendapat Sijil Halal Jakim TERBARU – HALAL JAKIM
  3. Aduan Halal – HALAL JAKIM
Cara semak status HALAL melalui SMS
Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba semak dengan telefon bimbit anda:
  • Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888
Maklumat lanjut sila layari laman web :- http://www.mysms.gov.my
Semuga perkongsian sedikit maklumat ini dapat membantu umat Islam Malaysia yang ingin membeli atau menggunakan apa-apa produk. Dan kita umat Islam ada tanggungjawab FARDU KIFAYAH yang perlu diselesaikan terutama urusan makanan Halal dan Haram ni.

What do you think?

points
Upvote Downvote
POST MENARIK  Keputusan Bolasepak Sukan Olimpik Rio 2016

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

(Visited 331 times, 3 visits today)

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *