, , , , ,

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 bertajuk Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat bagi membantu anda membuat rujukan dan panduan bagi menjawab peperiksaan PT3.

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat
Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3: Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]1. Pengusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis[/button]

  • Komunisme diasaskan oleh Karl Marx
  • Komunisme memperjuangkan:
    • Masyarakat tanpa kelas
    • Memiliknegarakan tanah dan perindustrian
  • Communist International (Comintern) atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa  menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia.
  • Cara penyusupan Komunis:
    • Melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang.
    • Sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan, kelas malam dan penerbitan
    • Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI)
    • Orang Melayu tidak tertarik dgn komunis kerana bertentangan dgn agama Islam dan adat resam
    • Komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan
    • Komunis  guna kekerasan dan kezaliman
  • Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM):
    • Tahun 1930, PKM ditubuhkan.
    • PKM melatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja.
    • Cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal
  • Antara kegiatan PKM:
    • Pengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang dan kilang
    • Galakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
    • Lancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu
  • Mogok di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor
  • Pemimpin terlibat dgn mogok dihantar pulang ke China
  • Pemimpin PKM ditahan
  • PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
  • Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.
  • PKM bentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
  • British bekalkan senjata kepada pasukan tersebut melalui Force 136
  • Selepas perang tamat, British meminta MPAJA dibubarkan dan serahkan semula senjata
  • MPAJA enggan dan menyembunyikan sebahagian daripada senjata
  • Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dibayar sebanyak $350.00 serta menerima satu beg beras daripada pihak British
  • PKM menyusup dalam kesatuan sekerja
  • PKM terlibat secara aktif dalam kegiatan politik
  • Keganasan komunis:
    • PKM hadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia diadakan di Calcutta, India
    • Persidangan galakkan parti komunis adakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
    • PKM menubuhkan unit gerila –  Malayan Races Liberation Army (MRLA)
    • PKM mulakan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]2. Langkah Membanteras Ancaman Komunis[/button]

a) Pengisytiharan darurat:

  • Komunis bunuh tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.
  • Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent isytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.
  • British  kuatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 – boleh menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam komunis dan membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman
POST MENARIK  Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 Online KPM

b) Pengharaman Parti Komunis Malaya atau Parti Berhaluan Kiri:

  • Parti Komunis Malaya  diharamkan
  • Pengharaman parti politik berfahaman kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PKMM) dan Hisbul Muslimin.

c) Memperbesarkan pasukan keselamatan:

  • Memperbesarkan pasukan tentera dan polis
  • Pasukan polis disusun semula dan diperbesarkan
  • Bawa masuk askar dari negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji)
  • Tubuhkan pasukan Home Guard di peringkat kampung
  • Penubuhan pasukan Home Guard meniupkan semangat  mempertahankan negara
  • Mata-mata Khas Melayu (Special Constables) dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil
  • Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap dengan bantuan Tentera Udara British

d) Rancangan Briggs:

  • Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney  tahun 1950
  • Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs  menjadi Pengarah Operasi
  • Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru.
  • Penempatan semula digelar “kampung baru”
  • Bertujuan menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis
  • Melumpuhkan gerakan Min Yuen
  • Setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru
  • Kampung baru dilengkapi dengan kemudahan asas
  • Kampung baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constable (SC)
  • Di kampung baru, setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan
  • Melaksanakan program “Gerakan Kelaparan”. bagi memastikan komunis tidak mendapat sebarang makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan
  • Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
  • MCA menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan didermakan kepada penduduk setinggan Cina
  • Sekatan jalan raya diadakan utk cegah  makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan  komunis
  • Sistem pendaftaran kebangsaan bagi mengawal pergerakan penduduk
  • Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih diberi kad pengenalan – membezakannya dengan pengganas komunis
  • Rancangan Briggs melumpuhkan rangkaian gerakan PKM
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan untuk mengurangkan kekejaman dan berundur ke selatan Thailand

e) Perang Saraf:

  • Menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati dan fikiran”
  • Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu
  • Sir Henry Gurney mati dibunuh dalam satu serangan hendap ketika perjalanan ke Bukit Fraser
  • Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan  Sir Henry Gurney
  • Sedari kekerasan dan senjata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis
  • Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”
  • Membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis
  • Risalah menentang komunis diedarkan
  • Timbulkan kebencian terhadap komunis
  • Rela hati tawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis
  • Perkenalkan konsep Kawasan Hitam dan Kawasan Putih:
    • Kawasan hitam ialah  kegiatan pengganas komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung
    • Kawasan putih ialah kawasan yang telah diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis
  • Bagi menarik sokongan orang Cina, Templer melonggarkan syarat kewarganegaraan
  • Menaikkan jumlah hadiah kepada penduduk yang dapat menangkap atau memberi maklumat tentang gerila komunis
  • Langkah kerajaan menentang komunis diuar-uarkan oleh sultan dan menteri besar setiap negeri
  • Sultan Pahang ingatkan rakyat jangan terpedaya dengan janji komunis
  • Komunis dianggap  pengkhianat negara
  • Menteri Besar Pahang ingatkan orang ramai supaya tidak melupakan kekejaman komunis
  • Dato’ Onn Ja’afar menyeru  rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis
  • Kerajaan  menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis
  • Kerajaan kuatkuasakan peraturan catuan bekalan makanan
  • Pengganas komunis terpaksa bercucuk tanam
  • Pasukan keselamatan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut
POST MENARIK  Cara Mengatasi Rambut Gugur

f) Pengampunan beramai-ramai:

  • Kerajaan menawarkan pengampunan bagi menggalakkan pengganas komunis menyerah diri
  • Risalah dan pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil

g) Pertemuan Baling:

  • Parti Perikatan kemukakan manifesto menjanjikan kemerdekaan segera serta menamatkan darurat
  • Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan komunis
  • Chin Peng menulis sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan
  • Pada 28 dan 29 Disember 1955, pertemuan di Baling, Kedah
  • Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata dan menyerah diri
  • Chin Peng mengenakan syarat iaitu PKM akan meletakkan senjata dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah
  • Pertemuan gagal – Tunku enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng
  • Tanah Melayu capai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum ditamatkan
  • Dengan kemerdekaan Tanah Melayu, pengaruh komunis semakin lemah
  • Darurat tamat pada 31 Julai 1960

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]3. Kesan Darurat[/button]

a) Politik:

  • Kuatkuasakan Undang-undang Darurat
  • Bendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri
  • Longgarkan syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu supaya tidak memihak komunis
  • Percepat langkah taraf berkerajaan sendiri
  • Sebelum Pertemuan Baling, British janji menyegerakan pemberian kemerdekaan
  • Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)  menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam pertubuhan politik berhaluan kanan
  • Mengikis pandangan negatif yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis

b) Ekonomi:

  • Kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara
  • Wang banyak digunakan untuk memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis dan Home Guard
  • Kerajaan kurang memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan luar bandar.
  • Kerajaan kurang memberi perhatian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kerana menumpukan pembangunan di perkampungan baru

c) Sosial:

  • Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis dan orang awam terkorban
  • Membawa kesengsaraan
  • Penduduk menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh bekalan makanan

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 ini dapat membantu anda dalam membuat ulangkaji sebelum peperiksaan PT3 yang akan berlangsung nanti.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

(Visited 160 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *