, , , , , ,

Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi

Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi. Proton tidak mensasarkan angka jualan yang tinggi untuk Perdana dan ia dilancarkan terlebih dahulu bertujuan untuk menaikkan semula imej Proton – membuktikan mereka masih mampu untuk menarik pelanggan dari pasaran segmen-D, iaitu segmen yang sering dikaitkan dengan golongan eksekutif dan elit. Berikut adalah Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi

Proton akan melancarkan sedan mampu milik untuk rakyat Malaysia dimulakan dengan Proton Persona 2016 pada 23 Ogos 2016 nanti dan Proton Saga dijangka akan dilancarkan bulan hadapan.

Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi

Seperti yang tersebar sebelum ini, memang benar, sedan Persona generasi baharu ini diasaskan dari platform Iriz hatchback. Pada bahagian luaran, Persona berkongsi cermin hadapan, penutup cowl (dibahagian penggilap cermin), dapra (fender) hadapan serta pintu hadapan. Begitu juga dengan bahagian dalaman dan sistem mekanikal, kebanyakkannya dipindahkan dari Iriz ke Persona.

Bagi memberikan muka yang tersendiri untuk Persona, ia dilengkapi dengan sepasang lampu dan gril hadapan yang lebih tirus. ‘Proton Wing’ pada Persona menampilkan palang krom yang lebih nipis dan menempatkan logo 3D Proton pada bahagian tengah. Bampar Persona pula menempatkan gril bahagian bawah yang besar berbentuk trapezoid, dan diapit lampu kabus bulat dengan perumah dengan rekaan seperti disikat ketas. Berbanding Iriz, Persona tidak menerima lampu hadapan projektor (hanya mentol biasa) dan lampu nyalaan siang.

Lampu belakang Persona juga hanya menerima sepasang lampu dengan mentol biasa (berbanding lampu belakang LED pada Iriz), dimana kedua-duanya dihubungkan dengan bar krom yang tebal. Kemasan hitam dipadankan pada bahagian bawah bampar belakang, yang turut menempatkan sepasang reflektor serta lampu kabus tunggal yang diletakkan pada bahagian tengah.

Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi

Walaupun kesemua lampu Persona hanya hadir dengan teknologi asas, namun perincian pada lampu-lampu berkenaan seperti rekaan yang kemas serta perkataan “Proton” di dalam unit-unit lampu berkenaan.

Namun, jika dilihat dari sisi, Persona masih ada ciri-ciri janggal seperti hatchback yang ‘ditarik’ menjadi sedan yang lain – seperti Ford Fiesta sedan. Tetapi, dapat dilihat Proton berusaha keras untuk mengelakkan rupa janggal tersebut seperti tiang-C yang ditarik panjang kebelakang (menjadikan bahagian butnya kelihatan pendek), mewujudkan garisan badan berasingan diatas ruang roda belakang serta mengekalkan rekaan ‘bilah sisi’ dari Iriz.

POST MENARIK  Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM 2016

Keseluruhan bahagian dalaman Persona juga seiras dengan Iriz. Perubahan yang dibuat hanyalah kemasan kelabu berkilat pada konsol tengah, rekaan pada tombol gear (suis pengunci tuil kini pada bahagian sisi kanan). Perubahan terbesar bahagian dalaman ialah pada tema warna keseluruhan. Jika bahagian dalaman Iriz menerima warna hitam keseluruhan, Persona pula menerima tema hitam-kelabu, dimana warna kelabu ditampilkan pada kemasan panel pintu dalaman, bahagian bawah papan pemuka, serta keseluruhan bahagian terowong transmisi tengah termasuk tuil brek tangan.

Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi

Walaupun but sedan ini kelihatan pendek, bahagian but Persona direka dengan kapasiti 510 liter (sebagai perbandingan, but Perodua Bezza berkapasiti 508 liter). Selain dari varian asas Standard, kesemua tempat duduk belakang varian Persona yang lain boleh dilipat dengan nisbah 60:40, membolehkan barang yang lebih panjang diisi pada ruang but belakang.

Untuk menyusun semula segmentasi sedan Proton, Persona hanya ditawarkan dengan enjin 1.6 liter, sementara Saga yang akan dilancarkan selepas ini hanya dilengkapi enjin 1.3 liter. Enjin 1.6 liter ini juga merupakan enjin yang sama diambil dari Iriz, berkuasa 107 hp pada takat 5,750 rpm dan tork maksima 4,000 rpm. Varian Standard hanya dipadankan dengan kotak gear automatik lima-kelajuan, manakala varian Executive dan Premium hanya dilengkapi dengan transmisi CVT automatik.

Spesifikasi Dan Harga Proton Persona 2016

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT[/button]

Enjin 1.6 liter VVT
107 hp pada 5,750 rpm, 150 Nm pada 4,000 rpm
5.6 l/100 km bagi 5MT (90 km/j)
6.1 l/100 km bagi CVT (90 km/j)
Ecodrive Assist
Lampu utama Reflector halogen (tinggi boleh laras)
Lampu kabus belakang
Sensor parkir depan dan belakang
Rim 15-incikelabu (dengan tayar Silverstone Kruizer)
Cermin sisi dan pemegang pintu tidak dicat
Cermin sisi elektrik
B-pillar warna badan
Kunci Remote dan penghidup enjin dengan kunci
Unit audio Single-DIN & Bluetooth
Tempat duduk fabrik
Tempat duduk boleh dinaikkan
Kapasiti but belakag 510 liter
Tempat duduk kanak-kanak Isofix
2 beg udara
ABS dengan EBD dan BA
Vehicle Stability Control (VSC)
Hill-hold assist
Brek cakera depan, brek dram belakang

POST MENARIK  Kontroversi RSN Rayer Punca TPM Dukacita

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT[/button]

Tambahan:
Lampu kabus depan
Cermin sisi dan pemegang pintu warna badan
Spoiler but belakang
Unit audio Double-DIN & Bluetooth
Konsol tengah warna kelabu berkilat
Port mengecaj USB
60:40 lipatan kerusi belakang
Trim pintu fabrik

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT[/button]

Tambahan:
Rim 15 inci warna perak (dengan tayar Goodyear Assurance)
B-pillar hitam
Masukan tanpa kunci dengan butang penghidup
Unit skrin sentih (Android) dengan Bluetooth dan kamera undur
Tempat duduk dan stereng kulit
Trim pintu kulit
Cermin sisi berkuasa dan boleh lipat
6 beg udara

[button color=”” size=”” type=”3d” target=”” link=””]Proton Persona 2016 1.6 Premium SE CVT[/button]

Tambahan:
Bodykit dwi tona menyeluruh

Harga Proton Persona 2016

  • 1.6 Standard 5MT – RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
  • 1.6 Standard CVT – RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic)
  • 1.6 Executive CVT – RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic)
  • 1.6 Premium CVT – RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic), optional bodykit is RM1,000 extra

Gambar Proton Persona 2016

Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi

Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi

Proton turut dapat dilihat dalam menaikkan semula tahap servis selepas jualan mereka seperti pusat servis yang kini dibuka selama tujuh hari, diskaun untuk alat ganti sehingga 30% serta aplikasi atas talian MyProton untuk memudahkan urusan pembelian kereta Proton dan urusan servis pemilik Proton. Semoga panduan Proton Persona 2016 Harga Dan Spesifikasi  ini dapat menarik minat anda untuk terus menyokong kereta buatan Malaysia

SUMBER – PAULTAN

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

(Visited 290 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *