, , , , , , , , ,

Semakan Daftar Pemilih SPR Online Dan SMS

Semakan Daftar Pemilih SPR Online Dan SMS. Telah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Kepada anda yang baru mencecah 21 tahun dan juga yang masih belum mendaftar pemilih pilihanraya, anda boleh mula mendaftar secara online dan sms dengan mengikut langkah-langkah yang disyorkan oleh SPR dibawah ini. Berikut adalah Semakan Daftar Pemilih SPR Online Dan SMS yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Semakan Daftar Pemilih SPR Online Dan SMS

Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih. Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) Seorang warganegara Malaysia
(b) Telah mencapai umur 21 tahun
(c) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
(d) Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa

Semakan Daftar Pemilih SPR Online Dan SMS

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Semakan Daftar Pemilih Online[/button]

  1. Semakan Daftar Pemilih SPR
    • Sila Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa “-” atau “space”). Maklumat semakan adalah seperti Daftar Pemilih Induk 2015 yang diwartakan pada 15hb April 2016.
  2. Semakan Daftar Pemilih Bagi Isi Rumah
  3. Semakan Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi PRU Sarawak 2016

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Semakan Secara SMS[/button]

  • Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888

Semakan Daftar Pemilih SPR Online Dan SMS

Cara Daftar Pemilih SPR

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Untuk Pemilih Biasa[/button]

POST MENARIK  Keputusan Pilihan Raya Gabenor Jakarta 2017

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

  • Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
  • Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  • Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
  • Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Untuk Pengundi Tidak Hadir[/button]

Warganegara Malaysia yang berada di Luar Negara

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

  • Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
  • Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  • Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
  • Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  • Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

  • Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
  • Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  • Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  • Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
POST MENARIK  Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Nota:

  1. Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
  2. Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

Tempat Pendaftaran Pemilih

  1. Pusat Pendaftaran:
    Ibu Pejabat SPR Malaysia
    Aras G, Menara SPR
    No.2, Jalan P2T, Presint 2
    62100 Putrajaya
    No. Telefon: 03-88927000
  2. Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  3. Maklumat pejabat-pejabat pos
  4. Kaunter SPR melalui Program Outreach
  5. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri di http://www.kln.gov.my/home/
  6. Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan

Semoga berjaya mendaftar pemilih dan bagi yang sudah membuat Semakan Daftar Pemilih SPR Online Dan SMS serta diluluskan pendaftarannya buatlah undian yang tepat bagi memilih calon pemimpin yang berkebolehan.

What do you think?

points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

(Visited 406 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *