, , , , , , , , ,

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2017

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2017. Untuk makluman pelajar yang telah membuat pemohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 2017 keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. Keputusan UPSR 2016 telah diumumkan pada 17 November 2016 yang lalu. Berikut adalah Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2017 yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2017

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2017

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM (Bahagian Pemberitahuan), untuk tarikh rasmi semakan keputusan tawaran penempatan murid ke Tingkatan 1 tahun 2017.

  • Tarikh Semakan : Akan dikemaskini
  • Applikasi Semakan : Akan dikemaskini – SEMAKAN DAN CETAKAN TAWARAN.
    • Sistem semakan akan diaktifkan bermula dari tarikh rasmi semakan keputusan diumumkan
  • Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2016 dan Klik Butang Semakan.
    • Sila pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut
  • Cetakan Tawaran (Calon Berjaya) :
    • Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Tawaran boleh ditarik balik sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.
  • Syarat Kelayakan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terkini
POST MENARIK  Permohonan Cuti Kuarantin KKM 2017

Permohonan e-Rayuan SBP 2017

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat. Permohonan e-Rayuan melalui sistem applikasi semakan yang sama akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman.

Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.

Cara Membuat Permohonan e-Rayuan SBP 2017

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2017
  • Klik semakan ke SBP tingkatan 1
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar
POST MENARIK  Janji Kereta Mewah Tapi Dapat Tilam

2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2017
  • Klik semakan ke SBP tingkatan 1
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar

Semakan Keputusan Permohonan e-Rayuan SBP 2017

Tarikh semakan : Akan dikemaskini (Jangkaan pada minggu terakhir Januari 2017)

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Total votes: 13

Upvotes: 11

Upvotes percentage: 84.615385%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 15.384615%

(Visited 2,667 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *