, , , , , , , , , ,

Senarai Penaja-Penaja Manchester United

Senarai 65 Penaja Manchester United. Manchester United merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, yang berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia. Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham. Pengurus kelab ketika ini iaitu Jose Mourinho. Berikut adalah Senarai Penaja-Penaja Manchester United yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Senarai Penaja-Penaja Manchester United

Manchester United juga merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris / Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 20 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga empat kali, Piala Eropah tiga kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali, dan Piala Dunia Kelab FIFA sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton dalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford. Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian “Kelab FIFA Abad ke-20”, di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).

Senarai Penaja-Penaja Manchester United

Berikut adalah Senarai 65 Penaja Manchester United bagi musim 2016-17 di EPL :

  1. Adidas – Pembekal kelengkapan rasmi
  2. Aon – Rakan kongsi utama
  3. Chevrolet – Rakan kongsi utama
  4. 20th Century Fox – Rakan kongsi perfileman
  5. Abengoa – Rakan kongsi teknologi
  6. Aeroflot – Pengangkutan
  7. Aperol Spritz – Rakan kongsi dunia
  8. Apollo Tyres – Rakan kongsi tayar
  9. Casillero del Diablo – Rakan kongsi wain
  10. Columbia – Rakan kongsi pakaian ektsrem
  11. DHL – Rakan kongsi logistik
  12. EA Sports – Rakan kongsi permainan video bolasepak
  13. Epson – Rakan kongsi peralatan pejabat
  14. Gulf Oil International – Rakan kongsi minyak dan minyak pelincir dunia
  15. HCL – Rakan kongsi transformasi digital
  16. Heroes – Rakan kongsi kasut
  17. Kansai Paint – Rakan kongsi cat
  18. Marathonbet – Rakan kongsi perjudian dunia
  19. Mlily – Rakan kongsi bantal
  20. New Era – Rakan kongsi masa lapang
  21. Nissin Foods Group – Rakan kongsi mee
  22. Swissquote – Rakan kongsi pendapatan
  23. Tag Heuer – Rakan kongsi masa
  24. Toshiba Medical Systems – Rakan kongsi perubatan
  25. Yanmar – Rakan kongsi dunia
  26. A. P. Honda – Rakan kongsi permotoran Thailand
  27. CHI – Rakan kongsi minuman ringan Nigeria
  28. Cho-A Pharm Co. Ltd – Rakan kongsi farmasi Korea dan Vietnam
  29. Donaco – Rakan kongsi Resort Kasino Thailand, Cambodia, Vietnam, Laos, Myanmar dan South Korea
  30. EuroFood –  Rakan kongsi makanan ringan Cambodia, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam
  31. The Hong Kong Jockey Club – Rakan kongsi dunia
  32. IVC – Rakan kongsi kekayaan China
  33. Manda – Rakan kongsi makanan tambahan Jepun
  34. Nexon – Rakan kongsi permainan sosial bolasepak Korea Selatan
  35. Sbenu – Rakan kongsi kasut Korea Selatan
  36. Uni President – Rakan kongsi minuman ringan China dan Taiwan
  37. You.C1000 – Rakan kongsi minuman isotonik Indonesia
  38. Bakcell – Rakan kongsi telekomunikasi Azerbaijan
  39. Belgacom TV (11+) – Rakan kongsi penyiaran MUTV di Belgium
  40. Cable and Wireless – Rakan kongsi di Caribbean
  41. Eclat Media Group – Rakan kongsi penyiaran MUTV di Korea Selatan
  42. Emtel – Rakan kongsi penyiaran MUTV di Mauritius
  43. Globacom – Rakan kongsi komunikasi Nigeria, Ghana dan the Republic of Benin
  44. PCCW – Rakan kongsi komunikasi dan penyiaran Hong Kong
  45. Sina Sports – Rakan kongsi penyiaran MUTV di China
  46. SKY TV NZ – Rakan kongsi penyiaran MUTV di New Zealand
  47. STC -Rakan kongsi komunikasi Arab Saudi
  48. TM – Rakan kongsi komunikasi Malaysia
  49. TV 2 – Rakan kongsi penyiaran MUTV di Norway
  50. VIVA – Rakan kongsi komunikasi Bahrain dan Kuwait
  51. AFB – Rakan kongsi servis pendapatan Kenya, Ghana, Zambia, Zimbabwe, Uganda dan Tanzania
  52. Banif Bank – Rakan kongsi servis pendapatan di Malta
  53. BIDV – Rakan kongsi servis pendapatan di Vietnam
  54. Commercial Bank of Qatar – Rakan kongsi servis pendapatan di Qatar
  55. Danamon – Rakan kongsi Perbankan Pengguna dalam Indonesia
  56. DenizBank – Rakan kongsi servis pendapatan di Turkey
  57. Emirates NBD – Rakan kongsi servis pendapatan di UAE
  58. Eurobank – Rakan kongsi servis pendapatan di Serbia
  59. Invez Banco – Rakan kongsi servis pendapatan di Mexico
  60. Krungsri – Rakan kongsi servis pendapatan di Thailand
  61. Maybank – Rakan kongsi servis pendapatan di Malaysia, Singapura dan Filipina
  62. Santander – Rakan kongsi servis pendapatan di Norway
  63. Shinsei – Rakan kongsi servis pendapatan di Jepun
  64. Virgin Money – Rakan kongsi servis pendapatan UK
  65. Deezer – Rakan kongsi Musik
POST MENARIK  Senarai Gaji Termahal Pemain Bolasepak Dunia Terkini

Dengan kesemua penaja dari seluruh dunia tidak hairanlah mereka berjaya mendapatkan Paul Pogba dengan nilai perpindahan sebanyak €105 juta EURO. Diucapkan selamat maju jaya kepada mereka bagi mengharungi EPL musim 2016-17 dan dapat mempamerkan aksi terbaik mereka. Semoga artikel Senarai Penaja-Penaja Manchester United dapat membantu anda menambah pengetahuan tentang Manchester United.

What do you think?

points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

(Visited 75 times, 1 visits today)

3 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

  3. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *