,

Biodata Nicolas Fernandez Pemain Import Baru JDT II 2017

Biodata Nicolas Fernandez Pemain Import Baru JDT II 2017. Liga Super Malaysia 2017 bakal kembali pada bulan Januari bagi edisi yang 14. Juara Liga Super Malaysia tiga kali berturut-turut iaitu pasukan Johor Darul Ta’zim telah membawa masuk beberapa pemain tempatan dan import yang baru bagi musim akan datang ini. Antara salah seorangnya adalah Hazwan Bakri yang sebelum ini bermain untuk pasukan Selangor dan Gonzalo Cabrera. Nicolas Fernandez pula akan mengisi kekosongan quata pemain import bagi pasukan JDT II. Berikut adalah Biodata Nicolas Fernandez Pemain Import Baru JDT II 2017 yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Biodata Nicolas Fernandez Pemain Import Baru JDT II 2017
Nicolas Fernandez bersama pasukan Asteras Tripoli FC

Biodata Nicolas Fernandez Pemain Import Baru JDT II 2017

  • Nama penuh : Nicolás Alberto Fernández
  • Tempat Lahir : Buenos Aires, Argentina
  • Tarikh Lahir : 17 November 1986
  • Umur : 30 Tahun
  • Tinggi : 171 cm
  • Berat : 73 kg
  • Posisi : Pemain Tengah
  • Kaki : Kiri
POST MENARIK  Semakan Baki Pinjaman MARA Online eBaki

Nicolas Fernandez dilahirkan di Temperley, Buenos Aires, tetapi ketika beliau berumur 12 tahun beliau telah berpindah ke Mar del Plata atas alasan keluarga beliau. Ketika beliau bermain untuk Lanús, Deportivo Norte (Mar del Plata) dan Olimpo (Blanca) pasukan remaja, beliau telah mempamerkan prestasi yang berkualiti dan menarik perhatian ejen FIFA Alejandro Camano yang mempunyai hubungan beberapa pasukan dari liga Sepanyol. Alejandro Camano jugalah yang membawa Nico ke pasukan Mallorca dimana sejak itu beliau memulakan kariernya sebagai pemain bolasepak profesional dengan bermain untuk pasukan utama liga Argentina seperti Guillermo Pereyra, Jonas Gutierrez, Ariel Ibagaza and Germán Lux.

Selepas musim 2013-14 yang menarik, Nico yang bermain untuk La Hoya Lorca dalam Segunda División B, telah memutuskan berpindah ke ke Greece, bermain untuk Asteras Tripoli. Peminat beliau di liga Argentina amat merasai pemergian beliau kerana beliau telah banyak membantu pasukan La Hoya Lorca memenangi perlawanan liga. Beliau terkenal sebagai perancang atau nadi pasukannya itu, telah bermain sebanyak 37 perlawanan antara liga dan perlawanan akhir, dan berjaya menjaringkan sebanyak 6 gol.

POST MENARIK  Keputusan Liga Hoki Dunia Separuh Akhir 2017

Karier Nico Di Eropah

Pada 1 Julai 2014, beliau menandatangani kontrak tiga tahun bersama pasukan Asteras Tripoli. Beliau telah membuat sebanyak 64 penampilan bersama pasukan itu dan berjaya menjaringkan 9 gol. Selepas hampir 2 tahun setengah bersama Asteras Tripoli. Beliau telah menerima tawaran dari Johor Darul Ta’zim 2 bagi menguatkan jentera tengah pasukan JDT II bagi musim 2017.

Semoga Nicolas Fernandez dapat menunjukan kualitinya bersama pasukan JDT II.

(Visited 1,136 times, 1 visits today)

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *