in , ,

Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 Bangunan Bersejarah

Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 Bangunan Bersejarah. Berikut adalah contoh kaedah kajian yang diguna pakai sebagai rujukan bagi pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 Bangunan Bersejarah. Pelajar perlu menghuraikan setiap kaedah kajian yang diguna pakai secara terperinci.

Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 Bangunan Bersejarah
Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 Bangunan Bersejarah

 

Terdapat pelbagai kedah yang boleh digunakan oleh pelajar dalam melengkapkan kerja Kursus Sekarah PT3 2016 seprti berikut :

 
1. Melayari internet

Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai bangunan …… dengan melayari internet. Banyak maklumat yang telah saya perolehi melalui kaedah ini. Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia.
[junkie-alert style=”green”] Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam internet. Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta me;aluinya dalam pelbagai bahasa. Selain itu, saya juga merujuk kepada buku ilmiah yang ada di perpustakaan. Di dalamnya terdapat sedikit sebanyak sejarah tentang Bangunan …….. [/junkie-alert]

POST MENARIK  Permohonan Kemasukan ke UTHM Sesi Februari 2017

2. Buku ilmiah/ Ensiklopedia

Kajian juga dilakukan dengan mencari maklumat melalui buku ilmiah/ Ensiklopedia yang terdapat di perpustakaan awam …….. Salah satu buku ilmiah ialah Kesan  Sejarah Dan Tempat-Tempat Menarik Negeri Melaka, Malaysia Wonders And Contrasts, Melaka Historic Tourism serta History of the Dutch in Malaysia.
Terdapat pelbagai maklumat mengenai bangunan …….. terdapat di dalam buku ilmiah ini.

3. Melawat tempat kajian/ Kaedah Pemerhatian

Saya dan rakan-rakan telah melawat tempat kajian dalam mendapat maklumat bangunan. Pelbagai maklumat yang saya dapat seperti risalah yang telah di jual di sana. Pelbagai maklumat yang ada di dalam risalah termasuk asal-usul bangunan, tarikh bangunan di bina dan sebagainya.

4. Kaedah Temubual/ Temuramah

Saya telah menemubual seorang responden di kampung saya, beliau agak berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam sejarah bangunan ini. Nama beliau ialah ……………….. Beliau tinggal di …………… Beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai Bangunan ………… kepada saya.

POST MENARIK  Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Status Permohonan

5. Kaedah Soal Selidik

Borang soal selidik sebanyak 50 telah diedarkan kepada responden. Borang soal selidik disertakan diruang lampiran.

6. Media

Saya telah menganalisa media massa dan media cetak seperti internet, majalah-majalah dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenainya.

Semoga Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 Bangunan Bersejarah ini boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tambahan pula, disertakan juga :

SUMBER – PANDUAN MALAYSIA

Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Jadual Imunisasi 2016 KKM