in , ,

Contoh Surat Permohonan Latihan Industri

Sejak tahun 2012, ramai graduan negara kita telah pun menamatkan pengajian dan ada juga yang masih tercari-cari tempat untuk melanjutkan latihan industri bagi melengkapkan syarat graduasi. Bagi meraka yang masih mecari Contoh Surat Permohonan Praktikal, anda boleh rujuk di Contoh Surat Permohonan Latihan Industri yang dapat dikongsikan pada anda semua.

 

Contoh Surat Permohonan Latihan Industri

Contoh Surat Permohonan Latihan Industri

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Contoh 1:[/button]

5 Julai 2015
Jabatan
Tingkat
Bangunan
Jalan
Negeri

Tuan/Puan

PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR PROGRAM (NAMA PROGRAM ANDA) (NAMA UNIVERSITI ANDA), (NEGERI)

Perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa para pelajar program (SAMA SEPERTI TAJUK) adalah diwajibkan untuk menjalani latihan praktikal selama 12 minggu bagi mendedahkan pelajar kepada industri sebenar dan untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam industri ini.

2. Sebagai sebuah organisasi yang telah lama bergiat dan berjaya didalam bidang sains dan teknologi, kami percaya organisasi tuan dapat memberikan latihan yang baik kepada pelajar dari program tersebut di atas. Sehubungan itu sukacitalah kiranya satu orang (1) pelajar dapat ditempatkan di makmal penyelidikan organisasi tuan mulai dari “0” Disember 0000 hingga “0” Febuari 0000. Senarai nama pelajar yang dicadangkan untuk ditempatkan di syarikat tuan adalah seperti di bawah:

  • Nama :
  • No. Kad Pengenalan:
  • No. Pendaftaran:
POST MENARIK  Senarai Bazar Ramadhan di Kuala Lumpur Dan Selangor

3. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya pelajar tersebut dapat diberikan kemudahan tempat tinggal di tempat latihan praktikal yang telah disediakan oleh pihak tuan.

4. Bagi memudahkan urusan penempatan pelajar, diharapkan pihak tuan dapat memberikan jawapan secepat mungkin dengan mengisi BORANG JAWAPAN yang dilampirkan dan faks/pos ke alamat yang tertera. Adalah diharapkan pihak tuan dapat memberikan pertimbangan dan seterusnya meluluskan permohonan ini. Sekian, segala perhatian dan pertimbangan yang tuan berikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar

SUMBER – Meow2Mlke

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Contoh 2:[/button]

ALYA NAJWA BT AHMAD
(NO.PEND: 01DKP10F0000)
No. 1, Lebuh Taman Jati 1
Gerbang Meru Indah
30020 Ipoh, Perak.

Tarikh:    15 Julai 2011

Pengurus
ABC Enterprise
Lot 123, Pusat Perniagaan Greentown
31450 Ipoh, Perak.
(U/P: NAMA PEGAWAI BERKENAAN)

Tuan,

Memohon Tempat Bagi Program Latihan Industri Pelajar Politeknik Ungku Omar
Sesi Disember 2011 (Tempoh Latihan dari 19 DISEMBER 2011 – 02 MAC 2012)

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita  dimaklumkan bahawa  saya;

Nama:
No K/P:
No Pendaftaran:
Program:

adalah seorang pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO).

2.Saya dikehendaki menjalani latihan industri selama tempoh di atas sebagai salah satu syarat wajib bagi penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  Untuk makluman tuan, semua pelajar  PUO dilindungi insuran kemalangan diri sepanjang tempoh latihan industri.

POST MENARIK  Permohonan UiTM 2016/2017 Sesi Akademik 2 Online

3.Sehubungan itu, sukacita sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk menjalani latihan industri di firma tuan. Pihak tuan boleh meneliti resume yang disertakan bersama surat ini bagi tujuan rujukan.

4.Sekiranya pihak tuan bersetuju menerima saya menjalani latihan Industri ditempat tuan,  sila isikan Borang Jawapan Organisasi Latihan dan Skop Kerja yang dilampirkan dan mohon dihantar semula Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Ungku Omar sebelum tarikh yang tercatat pada Borang Jawapan Organisasi Latihan. Sekiranya pihak tuan tidak memberi maklumbalas dalam tempoh tersebut, permohonan ini dianggap terbatal. Sebarang bertanyaan boleh dikemukakan ke Unit Perhubungan Dan Latihan Industri Politeknik Ungku Omar di talian 05-5457622 (samb. 1158).  Surat penempatan rasmi akan dihantar  oleh pihak POLITEKNIK sebelum saya melaporkan diri di firma tuan bagi tujuan pengesahan.

Kerjasama dan pertimbangan tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang  benar,

……………………………………..
(ALYA NAJWA BT AHMAD)

SUMBER – PUO

Semoga contoh yang diberikan dapat membantu anda memohon syarikat yang hendak anda jalani sepanjang tempoh Latihan Industri (Pratikal).

 

Borang Soal Selidik Sistem Pengangkutan PT3

Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET