, , ,

Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berikut adalah Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Doa Akhir Tahun[/button]

  • Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah

Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

[junkie-alert style=”red”] Rumi: Bismillaahirrahmaanirraahiim, Alhamdulillah hirabil alamin, wa shollalloohu’alaa sayyididinaa muhammaadin wa’alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Alloohumma maa’amilna fii hadzihis sanati mimmaa nahaitana’anhu falam natub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa halum ta ‘alayna ba’da qudrotika ala ‘uquubati na wada’autana ilattaubati minhu ba’da jur-atina ‘alaa ma’shiyatika fa-in nanna nastaghfiruka faghfirlana, wa maa’amilna fiiha mimma tardhoohu wa wa’adtanaa ‘alaihi tsawaba fanas-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antataqob balahu minnaa walaa taqtho’ rojaa-ana minka yaa kariimu wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Wal ham dulillah hirab bil alamin [/junkie-alert]

 

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Doa Awal Tahun[/button]

  • Manakala Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram
POST MENARIK  Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara

Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

[junkie-alert style=”red”] Rumi: Bismillaahirohmaanirrohiim. Alhamdulillah hirabil alamin, wa sholla thu wa salam mu ‘alaa sayyididinaa muhammaadin asyrafil mursalina, wa ‘alaa aalihi wa shohbihii ajmaain. Allahumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa ‘alaa fadhlikal ‘aziimi wujuudikal mu’awwalu wahaadza’aamunjadiidun qod aqbala alaina nas-alukal ‘ishmata fiihi minas syaithooni alrajimi wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal ‘auna ‘alaa haadzihil nafsi al ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunia ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroomi. Ya ar hamar rahomin, wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Wal ham dulillah hirab bil alamin [/junkie-alert]

Amalan Sunat Bulan Muharam

  • Berpuasa
    • Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
    • Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Amalan Sunat Hari Asyura (10 Muharram)

  • Melapangkan masa untuk keluarga
    • Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
  • Memuliakan fakir miskin
    • Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  • Menahan marah
    • Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
  • Menunjukkan / Membantu orang sesat
    • Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    • Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya
  • Bersedekah
    • Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini
  • Memelihara kehormatan diri
    • Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
  • Mandi Sunat
    • Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
    • Niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  • Bercelak
    • Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu
  • Membaca Surah Al – Ikhlas 1,000 kali
    • Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
  • Sembahyang Sunat Empat Rakaat
    • Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
    • Niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Surah Al – Ikhlas 11 kali
  • Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer
    • Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini
  • Menjamu orang berbuka puasa
    • Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
  • Puasa Sunat Asyura
    • Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
POST MENARIK  Kalendar Islam 2016 Malaysia

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjadi muslimin yang lebih baik dari sebelum ini, Inn Shaa Allah.

(Visited 516 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *