in ,

Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik 2016-2017

Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik 2016-2017. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA dan sebagainya. Bagi pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke UA atau Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke UA atau Politeknik Premier adalah terhad. Dasar KPM adalah tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam UA atau Politeknik Premier atau antara UA atau Politeknik Premier. Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad. Semakan UPU Online 2016

Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik 2016-2017 Online

e-Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik 2016-2017 Online

Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA (UA), Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan di laman web Applikasi e-rayuan UPU 2016.

POST MENARIK  Jadual Peperiksaan SPM 2017

Tarikh permohonan e-Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik 2016-2017 Online adalah seperti berikut:

  • Bagi calon lepasan SPM/setaraf Bermula 26 Mei 2016 jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Mei 2016.
  • Bagi calon lepasan STPM/setaraf Minggu 2 Ogos 2016 – tarikh akan dikemaskini kemudian.

Keputusan Rayuan UPU 2016

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

Semakan keputusan rayuan UPU 2016

  1. Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online dan SMS.
    ♦ Tarikh semakan dibuka
    • Bagi calon lepasan SPM/setaraf Bermula minggu kedua bulan Jun 2016 (tarikh akan dikemaskini kemudian).
    • Bagi calon lepasan STPM/setaraf Bermula minggu keempat Ogos 2016
    ♦ Cara buat semakan
    • Semakan secara online Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah: Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2016  – akan dikemaskini kemudian
    • Semakan melalui SMS Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS: Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP] Contoh: UPU  RESULT  970222016745 Hantarkan SMS ke 15888
POST MENARIK  Semakan PLKN 2017 Penempatan Calon

Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal.

Selamat membuat e-Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik 2016-2017 Online

Contoh Surat Rayuan Kemasukan Ke IPTA

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah