in ,

Harga Gas Memasak Terkini 2018

Harga Gas Masak LPG 2018 Semasa. Berapakah HARGA tong gas memasak/LPG terkini tahun 2018 mengikut saiz silinder? Umum sedia maklum yang ramai pengguna menggunakan gas memasak dalam kehidupan seharian. Penetapan Harga Gas Memasak Terkini 2018 adalah penting bagi mengelakkan kenaikan harga barangan lain yang berkaitan terutama makanan.

Senarai Harga Gas Memasak Terkini 2018 (Gas LPG)

Berikut adalah HARGA SEMASA bagi gas LPG bersubsidi (tong gas memasak) bagi pengguna (ISI RUMAH) khususnya iaitu 10 kg, 12 kg dan 14 kg.

Harga Gas Memasak Terkini 2017

Harga Terkini Gas Masak LPG

  • 10 Kg : RM19.00
  • 12 Kg : RM22.80
  • 14 Kg : RM26.60

Harga Gas Memasak Terkini 2017

Makluman KPDNKK Berkaitan Harga Gas Memasak Terkini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini kekal pada kadar harga RM26.60 bagi tong 14 kilogram. Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad seperti yang diputuskan oleh Majlis Ekonomi Negara yang bermesyuarat pada 8 Mac 2015.

POST MENARIK  Semakan Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS

Menteri KPDNKK, YB DATO’ SRI HASAN BIN MALEK juga ada mengulas mengenai Harga Gas Masak LPG tahun 2015.

“Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.

“Kita akui sejak 16 tahun lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang,”

Dengan tiada kenaikan harga baharu LPG buat masa kini, langkah kerajaan ini dilihat sebagai langkah bijak dalam menjaga kepentingan rakyat pada masa kini.

Perhatian buat pengguna, jika berlaku kenaikan harga gas memasak yang tidak munasabah. Sila kemukakan aduan anda melalui e-aduan di

POST MENARIK  Semakan Baki Pinjaman MARA Online eBaki

TERKINI November 2018

Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan harga baharu bagi perkhidmatan Gas Petronas Ke Rumah (GPHD). Berkuatkuasa pada 1 November 2018, harga baru Gas memasak HANYA TERTAKLUK KEPADA HPHD sahaja adalah seperti berikut:

  • Harga Baru: 12kg =RM31 : (Harga sebelum RM26)
  • Harga Baru: 14kg =RM35 :  (Harga Sebelum RM29.80)

Ini bermakna harga gas memasak yang dipungut sendiri oleh pelanggan di kedai kekal tidak berubah seperti harga sebelumnya

Surat pekeliling telah diedarkan kepada semua pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD.

Kenaikan harga ini adalah selaras dengan kenaikan kos pengangkutan dan diesel. Ini menunjukkan Kerajaan hari ini prihatin kepada rakyat terutama pengedar-pengedar minyak yang sentiasa terdedah kepada kenaikan kos dan kenaikan harga minyak dunia.

Semoga Harga Gas Memasak Terkini 2018 ini akan kekal pada harga yang munasabah. Penggunaan yang meluas oleh ramai pengguna di Malaysia memerlukan satu harga mampu milik. Ketika dalam keadaan ekonomi yang serba tidak menentu masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Gaji 2017 Kakitangan Awam/ Kerajaan

Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online