, , , ,

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Bulan Jun 2017

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Jun 2017. Berapakah harga minyak petrol dan diesel terkini 22 Jun 2017? Umum sedia maklum yang penetapan harga minyak petrol dan diesel di Malaysia kini ditetapkan secara mingguan. Ini bermakna, pengumuman harga minyak terkini petrol dan diesel secara mingguan akan dibuat pada petang/ malam hari Rabu setiap minggu. Harga runcit rasmi petrol dan diesel seterusnya akan berkuatkuasa bermula jam 12.01 tengah malam pada hari Khamis.

Pengapungan Harga Terkawal Petrol Dan Diesel Secara Mingguan

KPDNKK telah melakukan mekanisme pengurusan pengapungan harga terkawal petrol dan diesel secara mingguan bagi menambah baik mekanisme terdahulu. Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang telah ditetapkan sejak 1983. Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan telah bermula dari Disember 2014 sehingga Mac 2017.

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini jun 2017

Senarai Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Di Malaysia

Berikut dikongsikan Harga Minyak Terkini Petrol Dan Diesel Di Malaysia untuk panduan pengguna di Malaysia. Pelaksanaan mekanisme penetapan harga petrol dan diesel akan bermula pada hari Rabu, 29 Mac 2017. Harga petrol dan diesel di Malaysia akan mula berkuatkuasa pada hari Khamis, 30 Mac 2017.

Berikut adalah harga terkini minyak melalui pelaksanaan mekanise baru ini bermula dari 30 Mac sehingga terkini untuk tahun 2017. Senarai harga minyak dari tahun 2014 sehingga kini boleh dirujuk di PETROL AND DIESEL PRICE.

1. 30 Mac Hingga 5 April 2017

Harga minyak petrol dan diesel turun sebanyak 9 sen sehingga 19 sen. Harga petrol RON95 turun 17 sen manakala RON97 turun harga sebanyak 19 sen. Diesel dan EURO 5 Diesel masing-masing turun 9 sen.

  • RON95 : Turun 17 sen ke RM2.13 seliter (Harga sebelum RM2.30 seliter)
  • RON97 : Turun 19 sen ke RM2.41 seliter (Harga sebelum RM2.60 seliter)
  • DIESEL : Turun 9 sen ke RM2.11 seliter (Harga sebelum RM2.20 seliter)
  • EURO 5 : Turun 9 sen ke RM2.21 seliter (Harga sebelum RM2.30 seliter)

Nota : Harga Minyak dalam kurungan ( ) adalah harga bulan Mac 2017 sebelum pelaksanaan penetapan harga minyak mingguan.

POST MENARIK  Senarai Lagu Akhir Muzik-Muzik 2016 AJL31

2. 6 April Hingga 12 April 2017

Pelaksanaan harga mingguan untuk minggu kedua dari 6 hingga 12 April 2017 menyaksikan harga petrol naik tetapi harga diesel turun.

  • RON95 : Naik 3 sen @ RM2.16 seliter (RM2.13 seliter)
  • RON97 : Naik 2 sen @ RM2.43 seliter (Harga sebelum RM2.41 seliter)
  • DIESEL : Turun 3 sen @ RM2.08 seliter (Harga sebelum RM2.11 seliter)
  • EURO 5 : Turun 3 sen @ RM2.18 seliter (Harga sebelum RM2.21 seliter)

Harga minggu sebelumnya dalam kurungan ( )

3. 13 hingga 19 April 2017

  • RON95 : Naik 8 sen @ RM2.24 seliter (Harga sebelum RM2.16 seliter)
  • RON97 : Naik 9 sen ke RM2.52 seliter (Harga sebelum RM2.43 seliter)
  • DIESEL : Naik 8 sen @ RM2.16 seliter (Harga sebelum RM2.08 seliter)
  • EURO 5 : Naik 8 sen @ RM2.26 seliter (Harga sebelum RM2.18 seliter)
  • Harga dalam kurungan ( ) adalah harga minggu lepas, 6 April hingga 12 April 2017

4. 20 hingga 26 April 2017

  • RON95 : Naik 3 sen @ RM2.27 seliter (Harga sebelum RM2.24 seliter)
  • RON97 : Naik 2 sen ke RM2.54 seliter (Harga sebelum RM2.52 seliter)
  • DIESEL : Naik 5 sen @ RM2.21 seliter (Harga sebelum RM2.16 seliter)
  • EURO 5 : Naik 5 sen @ RM2.31 seliter (Harga sebelum RM2.26 seliter)
  • Harga dalam kurungan ( ) adalah harga minggu lepas, 13 April hingga 19 April 2017

5. 27 April hingga 3 Mei 2017

  • RON95 : Turun 6 sen @ RM2.21 seliter (Harga sebelum RM2.27 seliter)
  • RON97 : Turun 5 sen ke RM2.49 seliter (Harga sebelum RM2.54 seliter)
  • DIESEL : Turun 7 sen @ RM2.14 seliter (Harga sebelum RM2.21 seliter)
  • EURO 5 : Turun 7 sen @ RM2.24 seliter (Harga sebelum RM2.31 seliter)

6. 4 Mei hingga 10 Mei 2017

  • RON95 : Turun 10 sen @ RM2.11 seliter (Harga sebelum RM2.21 seliter)
  • RON97 : Turun 10 sen ke RM2.39 seliter (Harga sebelum RM2.49 seliter)
  • DIESEL : Turun 6 sen @ RM2.08 seliter (Harga sebelum RM2.14 seliter)
  • EURO 5 : Turun 6 sen @ RM2.18 seliter (Harga sebelum RM2.24 seliter)

7. 11 Mei hingga 17 Mei 2017

  • RON95 : Turun 10 sen @ RM2.01 seliter (Harga sebelum RM2.11 seliter)
  • RON97 : Turun 10 sen ke RM2.29 seliter (Harga sebelum RM2.39 seliter)
  • DIESEL : Turun 13 sen @ RM1.95 seliter (Harga sebelum RM2.08 seliter)
  • EURO 5 : Turun 13 sen @ RM2.05 seliter (Harga sebelum RM2.18 seliter)

8. 18 Mei Hingga 26 Mei 2017

Harga naik 7 sen untuk Petrol dan Diesel naik 4 sen seperti berikut :-

  • RON95 : Naik 7 sen @ RM2.08 seliter (Harga sebelum RM2.01 seliter)
  • RON97 : Naik 7 sen ke RM2.36 seliter (Harga sebelum RM2.29 seliter)
  • DIESEL : Naik 4 sen @ RM1.99 seliter (Harga sebelum RM1.95 seliter)
  • EURO 5 : Naik 4 sen @ RM2.09 seliter (Harga sebelum RM2.05 seliter)

9. 25 Mei Hingga 31 Mei 2017 Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini

Harga petrol dan diesel naik 4 sen bermula hari Khamis, 25 Mei 2017

  • RON95 : Naik 4 sen @ RM2.12 seliter (Harga sebelum RM2.08 seliter)
  • RON97 : Naik 4 sen ke RM2.40 seliter (Harga sebelum RM2.36 seliter)
  • DIESEL : Naik 4 sen @ RM2.03 seliter (Harga sebelum RM1.99 seliter)
  • EURO 5 : Naik 4 sen @ RM2.13 seliter (Harga sebelum RM2.09 seliter)

10. 1 Jun Hingga 7 Jun 2017 

  • RON95 : Turun 2 sen @ RM2.10 seliter (Harga sebelum RM2.12 seliter)
  • RON97 : Turun 2 sen ke RM2.38 seliter (Harga sebelum RM2.40 seliter)
  • DIESEL : Turun 1 sen @ RM2.02 seliter (Harga sebelum RM2.03 seliter)
  • EURO 5 : Turun 1 sen @ RM2.12 seliter (Harga sebelum RM2.13 seliter)

11. 8 Jun Hingga 14 Jun 2017 

Harga Runcit rasmi

  • RON95 : Turun 5 sen @ RM2.05 seliter (Harga sebelum RM2.10 seliter)
  • RON97 : Turun 7 sen ke RM2.31 seliter (Harga sebelum RM2.38 seliter)
  • DIESEL : Turun 8 sen @ RM1.94 seliter (Harga sebelum RM2.02 seliter)
  • EURO 5 : Turun 8 sen @ RM2.04 seliter (Harga sebelum RM2.12 seliter)

11. 15 Jun Hingga 21 Jun 2017

  • RON95 : Turun 7 sen @ RM1.98 seliter (Harga sebelum RM2.05 seliter)
  • RON97 : Turun 7 sen ke RM2.24 seliter (Harga sebelum RM2.31 seliter)
  • DIESEL : Turun 6 sen @ RM1.88 seliter (Harga sebelum RM1.94 seliter)
  • EURO 5 : Turun 6 sen @ RM1.98 seliter (Harga sebelum RM2.04 seliter)

12. 22 Jun Hingga 28 Jun 2017 (Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini)

  • RON95 : Turun 7 sen @ RM1.91 seliter (Harga sebelum RM1.98 seliter)
  • RON97 : Turun 7 sen ke RM2.17 seliter (Harga sebelum RM2.24 seliter)
  • DIESEL : Kekal @ RM1.88 seliter (Harga sebelum RM1.88 seliter)
  • EURO 5 : Kekal @ RM1.98 seliter (Harga sebelum RM1.98 seliter)

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini bulan Jun 2017 Di Malaysia ini akan dikemaskini setiap minggu. Semoga pelaksanaan harga minyak secara mingguan ini akan menambahbaik sistem penetapan harga bulanan sebelum ini.

(Visited 2,838 times, 1 visits today)

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *