in

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 KL

Senarai Kedudukan Pungutan Pingat Terkini Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Sukan SEA 2017 telah secara rasmi dirasmikan pada hari Sabtu, 19 Ogos 2017. SEA Games adalah merupakan temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara. Edisi ke 29 Sukan SEA akan diadakah di Kuala Lumpur selama 12 hari bermula dari 19 Ogos hingga 30 Ogos 2017. Berikut dikongsikan Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang memaparkan pungutan pingat emas, perak dan gangsa serta jumlah keseluruhan..

Kali terakhir Malaysia bergelar juara keseluruhan adalah pada temasya di Kuala Lumpur pada  tahun 2001. Untuk Sukan SEA 2017 kali ini, kontijen Malaysia mensasarkan pungutan Pingat Emas sebanyak 111. Ketika menjadi juara pada Sukan Sea 2001, Malaysia berjaya mengutip 111 pingat emas, 75 perak dan 85 gangsa menjadikan kutipan keseluruhan pingat sejumlah 271 pingat.

POST MENARIK  Keputusan Badminton Sukan Olimpik Rio 2016

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur (Emas, Perak Dan Gangsa)

Mampukah Malaysia meraih sasaran 111 pingat emas pada Sukan SEA 2017 kali ini? Berikut adalah Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk makluman, Malaysia telah meraih kilauan pingat emas sulung (emas pertama Malaysia) menerusi acara chinlone linking.

  • Jadual dan keputusan acara bolasepak boleh dilayari di BOLASEPAK B22.

Pungutan Pingat Terkini

Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
Malaysia 60 44 36 140
Vietnam 32 22 30 84
Singapura 27 27 31 85
Thailand 25 41 39 105
Indonesia 18 20 37 75
Filipina 12 17 27 56
Myanmar 5 5 10 20
Kemboja 1 6 7
Brunei 1 6 7
Laos 1 6 7
Timor Leste

Nota : Kedudukan setakat 24 Ogos 2017 – Hari Khamis (750 malam). Sumber

POST MENARIK  Juara JoHaRockStar ERA AF2016


 

Maklumat SUKAN SEA 2017

Maskot pasukan Malaysia adalah Rimau diambil sempena nama Harimau Malaya yang sifatnya berdasarkan warna logo Sukan Sea yang dipilih. Iaitu warna hijau bagi sifat hormat pada lawan dan semangat kesukanan Sukan SEA. Warna biru pula melambangkan sikap yang positif, kesukanan dan menang dengan bermaruah. Merah melambangkan sifat penuh integriti. Warna hitam adalah semangat perpaduan dan kebersamaan manakala warna kuning melambangkan pergerakan yang pantas dan kuat.

Semoga perkongsian Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur boleh dijadikan panduan buat peminat sukan di Malaysia. Ayuh altet Malaysia, gegarkan Kuala Lumpur dengan kilauan pingat emas yang disasarkan.

(Visited 11,020 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Siaran Langsung Liga Super 2017 Malaysia

Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 KL

Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017 KL