in ,

Kedudukan Pingat Sukma Sarawak 2016 Terkini

Kedudukan Pingat Sukma Sarawak 2016 Terkini. Beribu-ribu atlet berserta jurulatih mereka, pegawai pasukan dan pengunjung lain sama-sama dijangka datang ke Sarawak untuk Sukma ke-18 yang akan diadakan dibandaraya Kuching, Kota Samarahan, Sibu dan Miri dari 22hb-31hb julai 2016 nanti. Berikut adalah Kedudukan Pingat Sukma Sarawak 2016 Terkini yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Keputusan Terkini Sukma Sarawak 2016

Kerajaan Sarawak telahpun menubuhkan Jawatankuasa Pengelola dalam persediaan untuk penganjuran Sukma ke-18 yang diketuai oleh mantan Menteri Pembangunan Sosial Sarawak (KPS) dan kini oleh Menteri Belia dan Sukan dan Solidariti (KBSS) yang akan menyelia 24 jawatankuasa kecil lain. Sekretariat Sukma ke-18 turut ditubuhkan pada 1hb April 2015 dan dikendalikan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan yang turut ditugaskan untuk menyelia pengambilan sukarelawan teknikal dan sukan bagi membantu kelancaran penganjuran kesemua 24 acara sukan yang akan diadakan.

Dalam Sukma ke-18, sebanyak 24 sukan yang dipertandingkan dimana 19 adalah sukan wajib manakala baki 5 adalah sukan pilihan. Sukan wajib tersebut adalah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal, bola sepak, hoki (lelaki dan wanita), karate, boling padang, memanah, menembak, olahraga, silat, 10-pin boling, wushu, bola tampar tertutup, tenis, skuasy sepak takraw dan taekwondo manakala 5 sukan plihan adalah petanque, golf, gimnastik, tinju dan pelayaran.

POST MENARIK  Semakan Nombor Plat Pendaftaran Kenderaan Terkini

Perkampungan Sukan rasmi adalah di kampus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan manakala gelanggang gelanggang rasmi pertandingan adalah dibandaraya Kuching dan di Kota Samarahan di mana 19 jenis sukan akan diadakan, manakala bandar Sibu akan menjadi tuan rumah acara badminton dan bola tampar dewan dan bandaraya Miri menjadi tuan rumah acara karate, sepak takraw dan pelayaran dimana anda boleh mengetahui semua keputusan di Kedudukan Pingat Sukma Sarawak 2016 Terkini.

Upacara pembukaan rasmi untuk Sukma ke-18 akan diadakan di Stadium Sarawak, Petra Jaya, Kuching pada 23 Julai dan majlis penutupan akan diadakan ditempat yang sama pada 31hb Julai. Maskot rasmi untuk Sukma ke-18 adalah Satria dan Satrina manakala slogan rasmi adalah Perpaduan Dalam Kepelbagaian.

Kedudukan Pingat Sukma Sarawak 2016 Terkini

 

Kedudukan Pingat Sukma Sarawak 2016 Terkini

*Kedudukan Terkini Sukma Sarawak 2016 setakat jam 4.15 petang 29 Julai 2016

Keputusan Terkini Sukma Sarawak 2016

29 Julai 2016

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Angkat Berat[/button]

  • Clean And Jerk Wanita (<75kg)
    • Emas – Jabriella Teo Samuel (Wilayah Persekutuan)
    • Perak – Nor Afikah Nadhrah (Selangor)
    • Gangsa – Mimi Syazwani (Johor)
  • Snatch Wanita (<75kg)
    • Emas – Jabriella Teo Samuel (Wilayah Persekutuan)
    • Perak – Nor Afikah Nadhrah (Selangor)
    • Gangsa – Elcenta Edward (Sabah)
POST MENARIK  Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 KL

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Menembak[/button]

  • 25m Sports Pistol Lelaki

    • Emas – Safirredzuan Salim (Terengganu)
    • Perak – Low Wei Chern (Pahang)
    • Gangsa – Muhammad Akmal Arif (Perak)
  • 25m Sports Pistol Berpasukan Lelaki
    • Emas – Terengganu
    • Perak – Pahang
    • Gangsa – Perak
  • 50m SB Free Rifle 3 Position Lelaki

    • Emas – Muhd Nazirul Azhar (Pahang)
    • Perak – Nur Muhammad Izham (Terengganu)
    • Gangsa – Zul Haziq Rosli (Wilayah Peresekutuan)
  • 50m SB Free Rifle 3 Position Berpasukan Lelaki
    • Emas – Terengganu
    • Perak – Perak
    • Gangsa – Pahang

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Tenis[/button]

  • Bergu Wanita
    • Emas – Sara Alisha Nayar (Terengganu)
    • Perak – R. Archnaah (Selangor)

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Olahraga[/button]

*Keputusan terkini setiap pertandingan akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa

(Visited 4,658 times, 1 visits today)

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lokasi Dan Tarikh Ujibakat Akademi Fantasia 2016

Keputusan Badminton Sukma 2016