in

Keputusan Liga Hoki Dunia Separuh Akhir 2017

Jadual Dan Keputusan Liga Hoki Dunia Pusingan Separuh Akhir 2017. Skuad hoki Malaysia akan memulakan aksi pertama pada Kejohanan Liga Hoki Dunia Pusingan separuh Akhir di London pada 17 Jun 2017. Dengan misi layak ke pusingan akhir World Hockey League, skuad kendalian jurulatih Stephen Van Huizen terlebih dahulu perlu melayakkan diri sebagai 4 pasukan terbaik dalam peringkat Kumpulan A.

Sebanyak 10 pasukan akan bersaing pada aksi Kumpulan A dan B (4 pasukan setiap kumpulan) di London mulai 15 Jun sehingga 25 Jun 2017.

Sebanyak 20 pasukan di separuh akhir akan bersaing untuk merebut 7 tempat ke Pusingan Akhir Liga Hoki Dunia. Pusingan separuh akhir juga dianggap sebagai pusingan kelayakan ke kejohanan Hoki Piala Dunia 2018. Pasukan di tangga ke 10/ 11 akan layak selain tuan rumah dan pasukan dari juara benua.

Keputusan Liga Hoki Dunia Separuh Akhir 2017

Jadual Dan Keputusan Liga Hoki Dunia 2017 Pusingan Separuh Akhir

Berikut dikongsikan maklumat kejohanan Liga Hoki Dunia 2017 Pusingan Separuh Akhir melibatkan pasukan negara. Malaysia diletakkan dalam kumpulan A dan beraksi di London. Pasukan lain adalah pasukan tuan rumah, England, Argentina, Korea Selatan dan China. 4 pasukan teratas akan layak ke peringkat suku akhir.

Perlawanan melibatkan Malaysia akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda melalui saluran Astro Arena 801/ 802 HD.

Kumpulan B pula mengandungi pasukan seperti berikut :-

  • Belanda, India, Kanada, Scotland dan Pakistan
POST MENARIK  Semakan Keputusan PIDN 2016

Satu lagi siri kejohanan pusingan separuh akhir melibatkan 10 lagi pasukan akan diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan dari 9 hingga 23 Julai 2017. Pasukan yang bersaing adalah :-

  • Kumpulan A – Australia, New Zealand, Sepanyol, Jepun dan Perancis
  • Kumpulan B – ¬†Jerman, Belgium, Afrika Selatan, Ireland dan Mesir

World Hockey League 2017 Result (Semi Final)

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan melibatkan Malaysia di Kejohanan Liga Hoki Dunia 2017 London pusingan separuh akhir. Jadual mengandungi masa dan tarikh perlawanan (waktu Malaysia) beserta keputusan penuh perlawanan.

17 Jun 2017 (300 pagi)

  • Argentina vs Malaysia : 5 – 2
  • ARG : Peillat 4, 11, 40, 47 & Callioni 49. MAS : Shahril Saabah 7 & Tengku Ahmad Tajuddin 18

17 Jun 2017 (1100 malam)

  • England vs Malaysia : 7 – 3
  • ENG : Middleton min 5 & 34, Griffiths min 8, Ward min 32 & 51, Gleghorne min 39 & 55 dan MAS : Faizal Saari min 19 & 57, Tengku Ahmad Tajuddin min 28
POST MENARIK  Jadual Siaran Langsung Liga Super 2017 Malaysia

20 Jun 2017 (100 pagi)

  • Korea Selatan vs Malaysia : 0 – 1 (Razie Rahim min 35)

21 Jun 2017 (300 pagi)

  • China vs Malaysia : 1 – 5
  • Faizal Saari min 2, Najmi Jazlan min 12, Razie Rahim min 19, min 27 & Fitri Saari min 51
    CHN – DU Talake min 43

Keputusan peringkat suku akhir dan seterusnya akan dikemaskini dari masa kesemasa

Suku Akhir (Waktu Malaysia)

22 Jun 2017 8:15 malam
Argentina vs Pakistan : 3 – 1

10:30 malam
India vs Malaysia : 2 – 3 LIVE DI ASTRO ARENA

IND : Ramandeep Singh min 24 & 26 dan MAS : Razie Rahim min 19 & 48, Tengku Ahmad Tajuddin min 20

00:45 pagi
England vs Kanada

3:00 pagi
Belanda vs China

  • Malaysia layak ke Separuh Akhir bertemu Argentina

Jadual dan keputusan penuh kejohanan Liga Hoki Dunia 2017 boleh dirujuk di FIH Hockey World League.

Semoga pasukan Malaysia dapat beraksi dengan cemerlang pada kejohanan Liga Hoki Dunia 2017 pusingan Separuh Akhir sekaligus berjaya menempah tiket ke Pusingan Akhir World Hockey League.

(Visited 1,429 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Barisan Kejurulatihan BAM terkini 2017-2020

Senarai Barisan Kejurulatihan BAM Terkini 2017-2020

Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2016/ 2017 Online