Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 bertajuk Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat bagi membantu anda membuat rujukan dan panduan bagi menjawab peperiksaan PT3.

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3: Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]1. Pengusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis[/button]
- Komunisme diasaskan oleh Karl Marx
- Komunisme memperjuangkan:
- Masyarakat tanpa kelas
- Memiliknegarakan tanah dan perindustrian
- Communist International (Comintern) atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia.
- Cara penyusupan Komunis:
- Melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang.
- Sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan, kelas malam dan penerbitan
- Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI)
- Orang Melayu tidak tertarik dgn komunis kerana bertentangan dgn agama Islam dan adat resam
- Komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan
- Komunis guna kekerasan dan kezaliman
- Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM):
- Tahun 1930, PKM ditubuhkan.
- PKM melatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja.
- Cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal
- Antara kegiatan PKM:
- Pengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang dan kilang
- Galakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
- Lancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu
- Mogok di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor
- Pemimpin terlibat dgn mogok dihantar pulang ke China
- Pemimpin PKM ditahan
- PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
- Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.
- PKM bentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
- British bekalkan senjata kepada pasukan tersebut melalui Force 136
- Selepas perang tamat, British meminta MPAJA dibubarkan dan serahkan semula senjata
- MPAJA enggan dan menyembunyikan sebahagian daripada senjata
- Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dibayar sebanyak $350.00 serta menerima satu beg beras daripada pihak British
- PKM menyusup dalam kesatuan sekerja
- PKM terlibat secara aktif dalam kegiatan politik
- Keganasan komunis:
- PKM hadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia diadakan di Calcutta, India
- Persidangan galakkan parti komunis adakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
- PKM menubuhkan unit gerila – Malayan Races Liberation Army (MRLA)
- PKM mulakan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]2. Langkah Membanteras Ancaman Komunis[/button]
a) Pengisytiharan darurat:
- Komunis bunuh tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.
- Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent isytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.
- British kuatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 – boleh menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam komunis dan membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman
b) Pengharaman Parti Komunis Malaya atau Parti Berhaluan Kiri:
- Parti Komunis Malaya diharamkan
- Pengharaman parti politik berfahaman kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PKMM) dan Hisbul Muslimin.
c) Memperbesarkan pasukan keselamatan:
- Memperbesarkan pasukan tentera dan polis
- Pasukan polis disusun semula dan diperbesarkan
- Bawa masuk askar dari negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji)
- Tubuhkan pasukan Home Guard di peringkat kampung
- Penubuhan pasukan Home Guard meniupkan semangat mempertahankan negara
- Mata-mata Khas Melayu (Special Constables) dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil
- Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap dengan bantuan Tentera Udara British
d) Rancangan Briggs:
- Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950
- Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs menjadi Pengarah Operasi
- Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru.
- Penempatan semula digelar “kampung baru”
- Bertujuan menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis
- Melumpuhkan gerakan Min Yuen
- Setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru
- Kampung baru dilengkapi dengan kemudahan asas
- Kampung baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constable (SC)
- Di kampung baru, setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan
- Melaksanakan program “Gerakan Kelaparan”. bagi memastikan komunis tidak mendapat sebarang makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan
- Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
- MCA menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan didermakan kepada penduduk setinggan Cina
- Sekatan jalan raya diadakan utk cegah makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan komunis
- Sistem pendaftaran kebangsaan bagi mengawal pergerakan penduduk
- Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih diberi kad pengenalan – membezakannya dengan pengganas komunis
- Rancangan Briggs melumpuhkan rangkaian gerakan PKM
- Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan untuk mengurangkan kekejaman dan berundur ke selatan Thailand
e) Perang Saraf:
- Menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati dan fikiran”
- Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu
- Sir Henry Gurney mati dibunuh dalam satu serangan hendap ketika perjalanan ke Bukit Fraser
- Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney
- Sedari kekerasan dan senjata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis
- Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”
- Membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis
- Risalah menentang komunis diedarkan
- Timbulkan kebencian terhadap komunis
- Rela hati tawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis
- Perkenalkan konsep Kawasan Hitam dan Kawasan Putih:
- Kawasan hitam ialah kegiatan pengganas komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung
- Kawasan putih ialah kawasan yang telah diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis
- Bagi menarik sokongan orang Cina, Templer melonggarkan syarat kewarganegaraan
- Menaikkan jumlah hadiah kepada penduduk yang dapat menangkap atau memberi maklumat tentang gerila komunis
- Langkah kerajaan menentang komunis diuar-uarkan oleh sultan dan menteri besar setiap negeri
- Sultan Pahang ingatkan rakyat jangan terpedaya dengan janji komunis
- Komunis dianggap pengkhianat negara
- Menteri Besar Pahang ingatkan orang ramai supaya tidak melupakan kekejaman komunis
- Dato’ Onn Ja’afar menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis
- Kerajaan menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis
- Kerajaan kuatkuasakan peraturan catuan bekalan makanan
- Pengganas komunis terpaksa bercucuk tanam
- Pasukan keselamatan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut
f) Pengampunan beramai-ramai:
- Kerajaan menawarkan pengampunan bagi menggalakkan pengganas komunis menyerah diri
- Risalah dan pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil
g) Pertemuan Baling:
- Parti Perikatan kemukakan manifesto menjanjikan kemerdekaan segera serta menamatkan darurat
- Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan komunis
- Chin Peng menulis sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan
- Pada 28 dan 29 Disember 1955, pertemuan di Baling, Kedah
- Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata dan menyerah diri
- Chin Peng mengenakan syarat iaitu PKM akan meletakkan senjata dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah
- Pertemuan gagal – Tunku enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng
- Tanah Melayu capai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum ditamatkan
- Dengan kemerdekaan Tanah Melayu, pengaruh komunis semakin lemah
- Darurat tamat pada 31 Julai 1960
[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]3. Kesan Darurat[/button]
a) Politik:
- Kuatkuasakan Undang-undang Darurat
- Bendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri
- Longgarkan syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu supaya tidak memihak komunis
- Percepat langkah taraf berkerajaan sendiri
- Sebelum Pertemuan Baling, British janji menyegerakan pemberian kemerdekaan
- Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam pertubuhan politik berhaluan kanan
- Mengikis pandangan negatif yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis
b) Ekonomi:
- Kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara
- Wang banyak digunakan untuk memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis dan Home Guard
- Kerajaan kurang memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan luar bandar.
- Kerajaan kurang memberi perhatian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kerana menumpukan pembangunan di perkampungan baru
c) Sosial:
- Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis dan orang awam terkorban
- Membawa kesengsaraan
- Penduduk menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh bekalan makanan
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 ini dapat membantu anda dalam membuat ulangkaji sebelum peperiksaan PT3 yang akan berlangsung nanti.