Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 bertajuk Kerjasama Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Semoga perkongsian nota ringkas ini dapat membantu pelajar dalam membuat rujukan dan panduan bagi menjawab peperiksaan PT3.
Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4: Kerjasama Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 untuk rujukan pelajar Tingkatan 3.
1. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
- Peringkat awal, dianggotai Kaum Melayu dan Kaum Cina
- Melayu diwakili UMNO – Diketuai Dato’ Onn Ja’afar
- Cina diwakili MCA- Diketuai Tun Tan Cheng Lock
- Ogos 1949, CLC turut dianggotai wakil dari Kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah
- Pengerusi CLC – Dato’ E.E.C. Thuraisingam
- Penasihat – Sir Malcolm MacDonald
- Perundingan selama hampir dua tahun
- Kompromi antara UMNO dan CLC:
- Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan
- Bantuan ekonomi dan pelajaran kpd org Melayu
- Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat Majlis Bandaran, Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan
- Pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu & Inggeris sebg bahasa pengantar
2. Usaha Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
- IMP dan Parti Negara – Menteri Besar, British dan Parti Negara adakan Konferensi Nasional- usaha lahirkan kerjasama politik
- UMNO, MCA & MIC – Tubuhkan Parti Perikatan
- PAS bekerjasama dgn UMNO dalam Konvensi Nasional
- Konferensi Nasional dan Konvensi Nasional mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum
3. Parti Politik Berusaha Wujudkan Perpaduan Kaum – Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4
a) UMNO (1946)
- Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar
- Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu
- Longgarkan syarat kerakyatan
- Cadangkan Sistem Ahli
- Pimpinan Tunku Abdul Rahman
- Tubuhkan Parti Perikatan
b) MIC (1946) – Pimpinan K.L. Devaser
- Sokong perjuangan Dato Onn Ja’afar dan IMP tentang kerjasama kaum dalam sebuah parti
- Anggotai Parti Perikatan pada tahun 1955
c) MCA (1949) – Pimpinan Tun Tan Cheng Lock
- Sokong perjuangan Dato’ Onn Ja’afar dan IMP tentang kerjasama kaum dalam sebuah parti
- Sokong Tunku Abdul Rahman membentuk Parti Perikatan
d) IMP (1951) – Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar
- Tegakkan konsep kerjasama kaum dalam satu parti.
- Membuka keahlian kepada semua kaum.
e) PAS (1951) – Pimpinan Haji Ahmad Fuad
- Buka keahlian parti kepada semua orang Islam
- Sertai Konvensi Nasional tajaan UMNO
f) Parti Negara (1954) – Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar
- Terbuka kepada semua kaum
- Menerima kerakyatan jus soli dengan syarat ibu atau bapa menjadi warganegara Tanah Melayu
- Dukung konsep kerjasama kaum dalam satu parti
4. Pendidikan Alat Perpaduan – Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4
□ Sebelum merdeka, ada 5 Jenis Pendidikan:
- Sekolah Vernakular Melayu
- Sekolah Agama Islam
- Englsih School
- Sekolah Tamil
- Sekolah Cina
a) Sekolah Vernakular Melayu
- Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan
- Dibiayai oleh British
- Sekolah rendah
- Dibina di kawasan luar Bandar
- Persekitaran belajar yang daif
- Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi
- Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
b) Sekolah Agama Islam
- Sekolah pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan sekolah agama
- Bahasa Melayu atau Bahsa Arab sebagai bahasa pengantaraan
- Dibiayai sendiri
- Bebas kawalan British
- Pengajian sekolah rendah dan menengah
- Melanjut pelajaran ke Indonesia, Mesir dan India
c) Sekolah Inggeris
- Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan
- Diambil alih oleh British kerana keperluan tenaga pekerja rendah di sektor kerajaan dan swasta
- Didirikan di bandar sahaja
- Melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan universiti dalam dan luar negara
- Berpeluang menjawat jawatan tinggi
- Dipandang tinggi oleh masyarakat
d) Sekolah Tamil
- Ditubuhkan oleh pihak estet
- Sukatan pelajaran berorientasikan negara India
- Guru dari India
- Pengajian hanya di peringkat sekolah rendah
- Kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak mereka membantu bekerja di ladang
- Tidak mempunyai peluang mendapat pekerjaan bergaji lumayan
e) Sekolah Cina
- Ditubuhkan oleh persendirian dan parti politik
- Sukatan pelajaran, guru dan buku teks dari Negara Cina
- Mengekalkan identiti kecinaan
- Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan bahasa Cina
- Mendapat sokongan masyarakat Cina
□ Perbezaan politik, ekonomi, sosial halang perpaduan.
□ Semangat bersatu padu kaum tidak dapat dilahirkan.
□ Bagi membentuk perpaduan beberapa laporan pelajaran dikeluarkan.
□ Sistem Pendidikan Kebangsaan tekankan keseragaman sukatan pelajaran dan bahasa kebangsaan yang sama.
5. Cadangan Laporan Pelajaran Tanah Melayu – Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4
- Laporan Barnes 1951
- Sekolah rendah diwajibkan
- Menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar
- Sekolah menengah guna bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar
- Laporan Fenn-Wu 1951
- Menolak sistem pendidikan Laporan Barnes
- Mahu terus kekalkan sistem vernakular Cina
- Ordinan Pelajaran 1952
- Sekolah rendah adalah wajib
- Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
- Sekolah menengah guna bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar
- Laporan Razak 1956
- Sistem sekolah umum
- Bahasa Melayu – bahasa pengantar bagi sekolah rendah dan menengah
- Sekolah jenis umum – guna bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
- Pendidikan rendah wajib
- Bahasa ibunda di ajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon
6. Sukatan Pelajaran, Sistem Peperiksaan, Latihan Perguruan dan Sistem Nazir – Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4
- Sistem Ahli:
- Diperkenalkan 1951
- Melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran
- Idea dicetuskan oleh Dato’ Onn Ja’atar
- Ciri-ciri Sistem Ahli:
- Sistem kabinet bayangan
- Anggotanya dikenali sebagai Ahli
- Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
- Ahli – di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
- Terdiri 9 orang iaitu 5 orang penduduk Tanah Melayu dan empat orang pegawai British
- Daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu, tiga orang Melayu, seorang Cina dan seorang India
- Anggota Sistem Ahli:
- Dato’ Onn Ja’afar – Ahli Hal Ehwal Dlm Negeri
- Dato’ Mahmud Mat – Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
- Tunku Yaakob Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah – Ahli Pertanian dan Perhutanan
- Dato’ E.E.C.Thuraisingam – Ahli Pelajaran
- Dr. Lee Tiang Keng – Ahli Kesihatan
7. Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan
- Syarat kerakyatan kepada imigran dilonggarkan agar mencurahkan taat setia
- Kelonggaran bermatlamat mengelakkan golongan imigran daripada terpengaruh dengan Parti Komunis
- Kelonggaran Kerakyatan di peringkat Persekutuan;
- Secara Kuat Kuasa Undang-undang:
- Seseorang rakyat raja di mana-mana negeri Melayu
- Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang lahir di Negeri-Negeri Selat
- Secara Permohonan:
- Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik & angkat sumpah taat setia kpd Persekutuan.
- Secara Naturalisasi (Kerakyatan diberikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British)
- Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut.
- Secara Kuat Kuasa Undang-undang:
- Di peringkat negeri, kelonggaran syarat kerakyatan dibuat dan dinamakan Kerakyatan Negeri 1951
- Syarat Kerakyatan Negeri 1951:
Secara Kuat Kuasa Undang-Undang | Secara Permohonan |
Orang Asli di negeri-negeri Melayu | Mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah setia kepada Raja & lepaskan kewarganegaraan asal. |
Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu | |
Bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu |
Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4
- Dengan kelonggaran, rakyat bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu dan orang Asli tetapi juga golongan imigran
- Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan
- RIDA digantikan dengan nama Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- RIDA meningkatkan taraf sosioekonomi Melayu
- Penubuhan RIDA – satu cara memujuk orang Melayu supaya bersetuju dengan kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Kerakyatan Negeri 1951
8. Pembentukan Parti Perikatan
- Parti perikatan – pelbagai kaum wujudkan kerjasama
- Penubuhan Parti Perikatan melahirkan perpaduan
- Parti Perikatan dibentuk secara berperingkat
- British menyokong kerjasama antara parti – suasana politik yang stabil dan kepentingan ekonominya di Persekutuan Tanah Melayu terjamin
- Peringkat penubuhan Parti Perikatan:
- Pakatan UMNO Kuala Lumpur dgn MCA Selangor dlm pilihan raya Bandaran KL
- Memenangi 9 daripada 12 kerusi
- Kemasukan MIC dalam Parti Perikatan.
- Parti Perikatan sertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan.
- Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi
- Kepentingan kerjasama antara kaum:
- Satu pakatan politik yang murni
- Melahirkan perpaduan kaum
- Menjadi senjata untuk menolak pengaruh komunis di kalangan penduduk Tanah Melayu
- Melemahkan pengaruh Parti Komunis Malaya
9. Pilihan Raya Majlis Bandaran
- Ahli Majlis Bandaran dipilih melalui pilihan raya oleh penduduk bandar berkenaan
- Pilihan raya Majlis Bandaran pertama
- Diadakan pada tahun 1951
- Di George Town, Pulau Pinang
- Parti Radikal dianggotai pelbagai kaum memenangi 6 drp 9 kerusi yg dipertandingkan.
- Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur
- Februari 1952
- UMNO & MCA jalinkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya tersebut.
- Dato’ Yahya Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Bahagian UMNO Kuala Lumpur bekerjasama dengan Tun H.S. Lee, Pengerusi MCA Selangor.
- UMNO-MCA mendapat 9 drp 12 kerusi
- UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi Majlis Bandaran yang dipertandingkan.
- Kemenangan mendorong kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat sehingga melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954.
- Pilihan raya Majlis Bandaran asas memilih pemimpin dan kerajaan
10. Pilihan Raya Negeri
- Bermula tahun 1954
- Menentukan kerajaan yang bakal memerintah.
- Perikatan UMNO-MCA memenangi 226 daripada 268 kerusi negeri yang dipertandingkan
- Kemenangan menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kerjasama antara kaum
11. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
- British menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya
- Dianggotai pegawai kanan British & wakil parti politik.
- Peruntukan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) – 100 kerusi.
- 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya
- 48 ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
- Parti Perikatan menuntut tiga per lima ahlinya dipilih.
- Tunku Abdul Rahman ke London untuk memohon mendapatkan kerusi pilihan raya yang lebih, tetapi usaha beliau itu gagal.
- Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) Tahun 1955
- Manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya MPP:
- Mencapai kemerdekaan tempoh empat tahun
- Mewajibkan pendidikan rendah
- Melindungi hak raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
- Menamatkan darurat
- Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
12. Keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan tahun 1955
- Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi
- Parti Islam Se-Malaya memenangi 1 kerusi
- Faktor kemenangan Parti Perikatan:
- Sikap tolak ansur parti-parti dalam perikatan
- Kebijaksanaan pemimpin parti
- Kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa
- Kesepakatan menolak pengaruh Parti Komunis
- Semangat mencapai kemerdekaan
- Manifesto pilihan raya diterima umum
- Parti Perikatan amalkan dasar bermuafakat dan berkongsi kuasa
- Sikap hormat-menghormati, bertoleransi dan bertimbang rasa menjadi amalan penting
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 ini dapat membantu anda dalam membuat ulangkaji sebelum peperiksaan PT3 yang akan berlangsung nanti.