in , , ,

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 Kemerdekaan Negara. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 bertajuk Kemerdekaan Negara bagi membantu anda membuat rujukan dan panduan bagi menjawab peperiksaan PT3.

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 Kemerdekaan Negara

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5: Kemerdekaan Negara

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]A. Rombongan Merdeka[/button]

1. Usaha Mendapatkan Kemerdekaan

  • Dilakukan oleh Parti Perikatan.
  • Tunku Abdul Rahman berunding dgn raja-raja Melayu dan British
  • Adakan mesyuarat rasmi dgn kerajaan British.
  • Rombongan Merdeka dibentuk
  • Terdiri Wakil Raja Melayu & 4 Wakil Parti Perikatan:
Wakil Parti PerikatanWakil Raja-Raja Melayu
Tunku Abdul Rahman (Ketua)Dato’ Panglima Bukit Gantang
Tun Dr. IsmailAbdul Aziz Othman
Tun H.S. LeeDato’ Mohd Seth
Tun Abdul Razak HusseinDato’ Nik Ahmed Kamil

 

2. Perjanjian London

  • Rundingan di London
  • Dipengerusikan – Lord Lennox-Boyd
  • Perjanjian London ditandatangani
  • Tarikh kemerdekaan ditetapkan 31 Ogos 1957
  • Suruhanjaya bebas gubal Perlembagaan
  • Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di TM
  • Perjanjian pertahanan dgn British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di  Tanah Melayu
  • Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
  • Kuasa pusat dibahagikan dgn kuasa negeri diteruskan

3. Kembalinya Rombongan

  • Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu
  • Disambut di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
  • Tarikh merdeka diisytiharkan oleh T Abdul Rahman

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]B. Suruhanjaya Reid[/button]

  • Dibentuk Mac 1956
  • Menyusun perlembagan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Dipengerusikan oleh Lord William Reid.
  • Ahli Suruhanjaya Reid yang lain:
    • Sir Ivor Jennings (England)
    • Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral AT)
    • Tuan B.Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
    • Tuan Abdul Hamid (Pakistan)
  • Tugas Suruhanjaya Reid:
    • Rangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka
    • Tentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri
    • Jamin kedudukan khas raja-raja Melayu
    • Wujudkan bangsa Persekutuan Tanah Melayu
  • Menerima memorandum daripada pelbagai pihak termasuklah raja-raja Melayu.
  • Suruhanjaya Reid  mengeluarkan draf untuk dibahaskan
  • Beberapa cadangan asal dipinda
  • Perkara dipersetujui:
    • Sebuah negara persekutuan dibentuk
    • Pembahagian kuasa pusat dan negeri
    • Kerakyatan jus soli kepada yang lahir di TM
    • Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
    • Institusi raja Melayu dan konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan
    • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
    • Bahasa Cina dan Tamil – bahasa pengantar di sekolah masing-masing
    • Agama Islam agama rasmi Persekutuan
    • Agama lain boleh terus diamalkan
  • Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur dan permuafakatan antara kaum
  • Persetujuan membolehkan pembentukan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan
  • Cadangan Reid diterima oleh Parlimen British.
  • Draf Perlembagaan Merdeka dibentangkan untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
  • 15 Ogos 1957, upacara tandatangani Perjanjian Merdeka diadakan ant raja Melayu – British di KL
POST MENARIK  Faedah Dan Kebaikan Membaca

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]C. Perlembagaan Merdeka[/button]

  • Fasal penting:
    • Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.
    • Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
    • Parlimen – Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    • Perdana Menteri – Ketua Pentadbiran Negara
    • Perdana Menteri dibantu oleh Kabinet.
    • Agama Islam – Agama Rasmi
    • Bahasa Melayu – Bahasa Kebangsaan.
    • Kerakyatan terbuka
    • Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu  diberi pertimbangan.
    • Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
  • Kepentingan perlembagaan merdeka:
    • Hak mutlak kepada penduduk untuk terajui negara
    • Melahirkan sebuah masyarakat bersatu padu.

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]D. Pemasyhuran Kemerdekaan[/button]

  1. Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan
  • Pukul 12.00 tgh malam 30 Ogos 1957, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera UNION Jack diturunkan
  • Bendera PTM dinaikkan oleh pemuda UMNO
  • 31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
  • Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington, serahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong
  • Tunku Abdul Rahman membaca perisytiharan
  • Tunku melaungkan MERDEKA! sebanyak tujuh kali
POST MENARIK  Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar

2. Kandungan pemasyhuran kemerdekaan

  • Dokumen Pemasyhuran didalam bahasa Melayu dan Inggeris.
  • Kandungannya:
    • PM – Negara merdeka dan berdaulat.
    • Raja Melayu dan Ratu England tandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
    • Semua penguasaan Ratu England dan Parlimen British ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal
    • Perlembagaan berkuat kuasa – 31  Ogos 1957
    • Persekutuan Tanah Melayu mengandungi negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang
    • Persekutuan Tanah Melayu –  negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 5 ini dapat membantu anda dalam membuat ulangkaji sebelum peperiksaan PT3 yang akan berlangsung nanti.

Semakan Keputusan STPM 2016

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kaum Ke Arah Kemerdekaan

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4