in , ,

Permohonan Daftar Simpanan Shariah KWSP

Permohonan Daftar Simpanan Shariah KWSP. Untuk pengetahuan anda, simpanan persaraan baru yang berteraskan konsep Syariah iaitu Simpanan Shariah akan diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bermula 1 Januari 2017. Semua pencarum KWSP yang ingin memilih kaedah alternatif ini boleh datang sendiri ke pejabat KWSP dengan membawa dokumen yang diperlukan untuk mendaftar Simpanan Shariah bermula dari 8 Ogos 2016. Kaedah lanjut Permohonan Daftar Simpanan Shariah KWSP boleh dirujuk di bawah ini.

Permohonan Daftar Simpanan Shariah KWSP

Permohonan Daftar Simpanan Shariah KWSP

Berikut dikongsikan cara-cara membuat penukaran atau pendaftaran dari Simpanan konvensional KWSP ke simpanan Shariah:

  1. Dana awal adalah RM100 billion
  2. Pendaftaran adalah berdasarkan “Siapa cepat dia dapat”. Kepada mereka yang ingin memlih opsyen sila hadir secepat mungkin ke pejabat KWSP
  3. Tarikh pendaftaran adalah dari 8 Ogos sehingga 23 Disember 2016 tertakluk kepada ketersediaan dana
  4. Ahli KWSP perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan di mana ahli perlu menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli
  5. Ahli perlu membawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia) semasa pendaftaran
POST MENARIK  Semakan Keputusan Egtukar Guru Januari 2017 Online

Keputusan Permohonan Pertukaran

Semakan keputusan permohonan ahli yang berjaya akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan

[junkie-alert style=”red”] Ahli tidak boleh membatalkan pilihan simpanan shariah setelah tarikh berkuat kuasa [/junkie-alert]

Kelayakan Permohonan Daftar Simpanan Shariah KWSP

  1. Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah yang diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah.
  2. Ianya diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS).
  3. Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000; atau Laman Web Rasmi KWSP. Soalan Lazim boleh dirujuk di EPF FAQ. Jadi anda semua boleh memulakan Permohonan Daftar Simpanan Shariah KWSP bagi kegunaan masa hadapan.

POST MENARIK  Faedah Dan Kebaikan Membaca

SUMBER – MySemakan

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Semakan Keputusan PIDN 2016