in , , , ,

Permohonan egTukar Guru 2017 Online

Permohonan egTukar Guru 2017 Online. Perhatian kepada guru-guru di Malaysia, Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri / Daerah akan dibuka pada 1 Februari 2017 hingga 25 Mac 2017 melalui modul eg-Tukar bagi guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada Kepentingan-Kepentingan Perkhidmatan. Berikut adalah Permohonan egTukar Guru 2017 Online yang dapat dikongsi pada anda semua.

Permohonan egTukar Guru 2017

Permohonan egTukar Guru 2017 Online

Berikut adalah Panduan Permohonan egTukar Guru 2017 yang akan dibuka mulai 1 Februari 2017 hingga 25 Mac 2017 bagi urusan pertukaran guru sepanjang tahun. Bagi sesi pertukaran ini, permohonan dibuka kepada semua negeri. walau bagaimanapun kelulusan pertukaran guru adalah tertakluk kepada kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen negeri yang dimohon pada masa tersebut.

  • Tarikh Buka Permohonan egTukar Guru 2017 : 1 Februari 2017
  • Tarikh Tutup Permohonan egTukar Guru 2017 : 25 Mac 2017
  • Permohonan egTukar Guru 2017 Online : eg-Tukar
POST MENARIK  Semakan Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS

Gred Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Permohonan egTukar Guru 2017)

  • DG29,
  • DG32 (KUP TIME-BASED)
  • DG34 (KUP TIME-BASED)
  • DG38 (KUP TIME-BASED)
  • DG41
  • DG42
  • DG44 (KUP TIME-BASED)
  • DG48 (KUP TIME-BASED)
  • DG52 (KUP TIME-BASED)
  • DG54 (KUP TIME-BASED)

Syarat Permohonan egTukar Guru 2017

  1. Kementerian Pelajaran tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang di pohon tidak terdapat kekosongan jawatan
  2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari Jabatan Pelajaran Negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari Jabatan Pelajaran Negeri yang diluluskan
  3. Kementerian Pelajaran tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
  4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri/Bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia
  5. Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran :
    • Guru Sandaran Tidak Terlatih yang sedang mengikut Kursus Dalam Cuti
    • Guru yang sedang mengikuti Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
    • Guru yang telah tamat latihan LPBS tetapi belum cukup tempoh 36 bulan perkhidmatan di sekolah ditempatkan
    • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji
    • Guru yang sedang mengikuti kursus/cuti belajar
    • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  6. Semua Jawatan yang disandang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
  7. Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan.
  8. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan dan diserahkan kepada Pengetua/ Guru Besar.
POST MENARIK  Cadangan Penambahbaikan Sistem Pengangkutan Awam

Semoga perkongsian Permohonan egTukar Guru 2017 Online ini dapat membantu guru-guru yang ingin membuat permohonan pertukaran sekolah bagi tahun 2017. Kepada para guru diucapkan selamat membuat permohonan dan berharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan permohonan anda bagi merealisasikan keperluan anda.

Tarikh Penting Dan FAQ Permohonan UPU 2017/2018

Jadual Peperiksaan SPM 2017