in , ,

Permohonan Kemasukan ke UTHM Sesi Februari 2017

Permohonan Kemasukan ke UTHM Sesi Februari 2017. Untuk makluman pelajar semua, Universtiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah membuka permohonan akademik sesi Februari 2017. UTHM telah menawarkan sebanyak 20 buah Program Sarjana Muda. Berikut adalah Permohonan Kemasukan ke UTHM Sesi Februari 2017 yang dapat dikongsikan kepada pelajar semua.

Permohonan Kemasukan ke UTHM Sesi Februari 2017

Permohonan Kemasukan ke UTHM Sesi Februari 2017

Program Sarjana Muda

  • Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda ialah 8 Semester. Tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester. Walau bagaimanapun, tempoh minimum menamatkan pengajian adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh pihak Universiti.
  • Program yang ditawarkan dijalankan secara sepenuh masa.

Tarikh Permohonan Kemasukan ke UTHM Sesi Februari 2017

Permohonan secara online dibuka dari 16 Oktober 2016 sehingga 31 Oktober 2016. Semua borang-borang dan dokumen yang telah disahkan hendaklah sampai kepada pihak UTHM selewat-lewatnya pada 3 November 2016. Akuan penerimaan tidak akan diberi. Calon boleh menyemak keputusan permohonan di laman web UTHM pada 15 Januari 2017. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 5 Februari 2017 dianggap tidak berjaya. Tiada surat-menyurat akan dibuat mengenainya.

POST MENARIK  Semakan Keputusan Politeknik Online

Senarai Program Yang Ditawarkan Pada Sesi Februari 2017

  • SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DENGAN KEPUJIAN (BEV)
  • SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DENGAN KEPUJIAN (BEJ)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM (PEMBINAAN) DENGAN KEPUJIAN (BNC)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM (ALAM SEKITAR) DENGAN KEPUJIAN(BNA)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM (PERKHIDMATAN BANGUNAN) DENGAN KEPUJIAN (BNB)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA (BIOTEKNOLOGI) DENGAN KEPUJIAN (BNN)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (AUTOMASI INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN (BND)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA ELEKTRIK) DENGAN KEPUJIAN (BNE)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI DAN KOMPUTER) DENGAN KEPUJIAN (BNF)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LOJI) DENGAN KEPUJIAN (BNL)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUNGKUSAN INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN (BNK)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF) DENGAN KEPUJIAN (BNG)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN) DENGAN KEPUJIAN (BNM)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TEKSTIL INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN (BNH)
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (ELEKTRIK & ELEKTRONIK) DENGAN KEPUJIAN (BBE)
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (KATERING) DENGAN KEPUJIAN (BBC)
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA) DENGAN KEPUJIAN (BBG)
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM) DENGAN KEPUJIAN (BBD)
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (PEMESINAN AM) DENGAN KEPUJIAN (BBA)
  • SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (MULTIMEDIA KREATIF) DENGAN KEPUJIAN (BBF)
POST MENARIK  Semakan Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS

*Bagi calon yang sedang bekerja dikehendaki mengemukakan surat pelepasan daripada majikan dan surat tajaan sewaktu mengemukakan permohonan.

Cara Permohonan Kemasukan ke UTHM Sesi Februari 2017

Calon dikehendaki mengemukakan permohonan secara atas talian (online) di laman web https://wapps.uthm.edu.my/intake bermula 16 Oktober 2016. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan ke alamat berikut:

Timbalan Pendaftar ,
Pejabat Pengurusan Akademik,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada :

Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu pahat
Johor

Waktu Operasi :
Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis         : 8.00 pagi – 3.30 petang

No tel : 07-4557695/7685/7689/7696

Selamat membuat Permohonan Kemasukan ke UTHM Sesi Februari 2017 dengan jayanya dan semoga anda berjaya menjadi warga UTHM.

Semakan Keputusan UPSI Februari 2017 Online

Semakan Keputusan Egtukar Guru Januari 2017 Online