in , ,

Permohonan UiTM 2016/2017 Sesi Akademik 2 Online

Sukacita, permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Permohonan kemasukan pelajar ke sesi Akademik 2 2016/2017 Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka bermula pada 4 Julai 2016 sehingga 8 Ogos 2016
Permohonan UiTM 2016/2017 Sesi Akademik 2 Online

Permohonan UiTM 2016/2017 Sesi Akademik 2 Online

Syarat Permohonan UiTM 2016/2017 Sesi Akademik 2 Online:

  1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui http://online.uitm.edu.my bermula 4 Julai 2016 (Isnin).
  2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016
  3. Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 4 Julai 2016 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 4 Julai 2016 (Isnin) adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
POST MENARIK  Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Syarat Kemasukan ke Universiti Teknologi MARA:

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Bumiputera Warganegara Malaysia
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

[junkie-alert style=”red”] PERMOHONAN ONLINE DIBUKA MULAI : 4 Julai 2016 HINGGA 8 Ogos 2016 [/junkie-alert]

Permohonan UiTM 2016/2017 Sesi Akademik 2 Online
Untuk sebarang pertanyaan boleh ke :
Bahagian Pengambilan Pelajar
Aras Bawah Bangunan UIC
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SelangorNo Telefon: (+603) 5544 3164 / 3166 / 3174
Faks: (+603) 5544 3170
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my/

Jadual Imunisasi 2016 KKM

Lokasi Pos Automated Machine Pos Malaysia