, , , ,

Permohonan UPU Sesi 2017/2018 Online

Permohonan UPU Sesi 2017/2018 ke Universiti Awam. Permohonan UPU ke IPTA Malaysia sesi 2017/2018 dijangka akan dibuka pada pertengahan Januari 2017. Menerusi Laman Web Rasmi BSN, tarikh pembelian PIN Unik UPU adalah pada 18 Januari 2017 sehingga 4 April 2017. Makluman akan dibuat dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari UPU. Permohonan UPU sesi 2017/2018 ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma ataupun yang setaraf. Berikut adalah Permohonan UPU Sesi 2017/2018 Online yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Permohonan UPU Sesi 2017/2018 Online

Permohonan UPU Sesi 2017/2018 Online

Berikut adalah maklumat Permohonan UPU sesi 2017/2018 yang akan dikemaskini dari masa ke semasa :

  • Tarikh Buka Pembelian No. Unik ID : 6 Februari 2017, (ISNIN – Setiap cawangan BSN)
  • Tarikh Buka : 6 Februari 2017 (Jam 12.00 Tengah Hari)
  • Tarikh Tutup : 31 Mac 2017 (Jam 11.59 Malam)
JENIS PERMOHONAN APLIKASI PERMOHONAN TARIKH BUKA TARIKH TUTUP
MELALUI UPU UNTUK KE IPTA, POLITEKNIK, ILKA Aplikasi Permohonan UPU 2017 6 Februari 2017 (Jam 12.00 Tengah Hari) 31 Mac 2017 (Jam 11.59 Malam)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) Permohonan USM 2017 6 Februari 2017 (Jam 12.00 Tengah Hari) 31 Mac 2017 (Jam 11.59 Malam)
UNIVERSITI MALAYA (UM) Permohonan UM 2017 6 Februari 2017 (Jam 12.00 Tengah Hari) 31 Mac 2017 (Jam 11.59 Malam)

*Aplikasi permohonan akan dikemaskini dari masa ke semasa

Cara Membuat Permohonan UPU Sesi 2017/2018 Online

Kategori A

  • Lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
  • Harga No. Unik ID : RM 15.64

Kategori B

  • Lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
  • Harga No. Unik ID : RM 15.64
  1. Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut:
  2. Anda dikehendaki untuk melakukan Daftar Kali Pertama bagi membolehkan anda melakukan permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Sekiranya anda telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.
  3. Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang “Masuk” untuk akses ke laman utama permohonan.
POST MENARIK  Jadual Imunisasi 2016 KKM

Syarat Am Permohonan Lepasan SPM / Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:

  • Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  • Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Syarat Am Permohonan Lepasan STPM / Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
    • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
    • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
    • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
POST MENARIK  Keputusan La Liga BBVA 2016/2017 Terkini

Sebarang Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang permohonan UPU, sila hubungi  talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU)
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi

Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 6767
Hotline 2 : 03-8870 6777
Faks : 03-8870 6864
Emel : [email protected]

Semoga berjaya membuat Permohonan UPU Sesi 2017/2018 Online dan anda dinasihatkan mengisi tempat kosong dengan teliti dan tepat bagi mengelakkan kegagalan proses permohonan anda ke Universiti Awam.

(Visited 8,503 times, 1 visits today)

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *