in , , ,

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Status Permohonan

Semakan Status Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017. Terkini berkaitan KADS1M, Bantuan Pendidikan Tinggi atau BPPT akan dikreditkan terus ke dalam KADS1M penuntut bermula 15 Mac 2018 (Untuk pemegang KADS1M). Bagi mereka yang baru saja memohon, anda boleh mendapatkan kad anda dari cawangan Bank Rakyat berdekatan dengan anda. Pautan untuk mendaftar dan semakan status akan diumumkan tidak lama lagi.

Status terkini semakan KADS1M (Kad Siswa 1Malaysia) tahun 2018 boleh dirujuk di Semakan Status BPPT.

Tahun 2017

Pasti ramai pelajar yang bertanya bilakah tarikh mereka akan menerima atau mendapat Kad Debit Pelajar (KADS1M) yang telah dimohon baru-baru ini dari bulan Februari 2017. Berikut dikongsikan cara buat Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 yang dikongsikan dari Facebook USM Info. Semoga pelajar yang masih belum menerima tidak panik dan menunggu dengan sabar ataupun mengambil langkah-langkah yang disertakan di bawah ini.

Pelanjutan Tarikh Permohonan atas talian Bank Rakyat Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (KADS1M) Debit Tahun 2017

Adalah dimaklumkan bahawa, mana-mana pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mendaftar tetapi masih belum memperolehi Kad Siswa Debit 1 Malaysia (KADS1M) Tahun 2017 adalah diminta untuk membuat permohonan semula melalui atas talian di laman sesawang Bank Rakyat. Permohonan semula perlu dilakukan kerana semakan daripada Bank Rakyat mendapati ramai pelajar-pelajar tidak membuat permohonan atas talian menyebabkan tiada rekod yang diperolehi. Permohonan semula boleh dilakukan sehingga tarikh tutup pada atau sebelum 30 Oktober 2017.

POST MENARIK  Semakan Tracking Number Pos Laju Malaysia

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017

Status Permohonan : Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 

Untuk makluman, dua (2) daripada sembilan (9) batch Kad Debit Pelajar (KADS1M) telahpun dikeluarkan. Manakala batch terakhir akan hanya dikeluarkan sekitar bulan September 2017. Jika anda masih tidak mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status permohonan Kad Debit Pelajar anda, jangan risau. Berikut dikongsikan langkah-langkah cara membuat semakan status KADS1M anda.

Semakan Secara Online 

Bermula 1 Jun 2017

  • 1. Applikasi semakan KADS1M https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
  • 2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ IC
  • 3. Klik ‘Semak’

Semak Melalui Talian Hotline

  1. Telefon Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454
  2. Pilih Bahasa
  3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
  4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
  5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon KAd Debit Pelajar anda.
  6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
  7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
  8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan. Anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen selanjutnya daripada Bank Rakyat dengan penuh sabar

Nota Penting Kad Debit Pelajar

For the application via browsers other than Mozilla Firefox, there’s a big chance that your application is not recorded in the system. Hence, you can try the following steps:

  • Open Firefox browser
  • Clear all history and cache, and reboot Firefox
  • Fill in the form again at https://bppt.bankrakyat.com.my/
POST MENARIK  Permohonan Matrikulasi 2018/ 2019 Online

Semakan Status Permohonan KADS1M Online

Dokongsikan dari kenyataan media Kementerian Pendidikan Tinggi, Bank Rakyat akan menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian mulai 1 Jun 2017.

KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.

Kementerian Pendidikan Tinggi meminta pelajar yang masih belum membuka akaun dengan Bank Rakyat untuk segera berbuat demikian. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun dengan Bank Rakyat sebelum ini, mereka juga masih perlu membuka akaun baru kerana bantuan tersebut akan hanya disalurkan menerusi akaun KADS1M Bank Rakyat.

Bagi pelajar yang telah menerima e-mel dari Bank Rakyat, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing. Ini adalah kerana masih ramai pelajar yang belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank Rakyat.

Semua urusan agihan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada 15 Julai 2017.

Sebarang pertanyaan mengenai KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454.

Selamat membuat Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017. Semoga Status Permohonan anda adalah berjaya untuk pembelian/ penggunaan barangan untuk pendidikan anda.

Syarat Kelayakan BR1M 2018

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/ 2019 Online