in , , ,

Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online

Cara Buat Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan kemasukan ke Matrikulasi diumumkan? Perhatian buat pelajar yang telah memohon kemasukan ke Kolej Matrikulasi sesi 2017/ 2018. Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online dijangka boleh disemak pada minggu ketiga bulan April 2017.

Calon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM dalam mendapatkan tarikh semakan rasmi yang sebenar.

  • Tarikh rasmi Semakan Matrikulasi 2017 : Hari Khamis, 27 April 2017 sehingga 11 Mei 2017

Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada hari Khamis, 27 April sehingga 11 Mei 2017. (Tahun 2016 pada 14 April 2016 (Khamis) untuk mengetahui status permohonan.

Semakan secara online boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my atau melalui applikasi semakan SEMAKAN MATRIKULASI iaitu selepas applikasi semakan di buka.

Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi.
Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :

  • Nombor Kad Pengenalan atau
  • Nombor Lembaga Peperiksaan
POST MENARIK  Cara Solat Sunat Istikharah Lengkap

Semakan secara SMS pula boleh di buat dengan menaip

MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Soalan dan jawapan lazim ditanya berkaitan tawaran sila klik FAQ. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

CARA BUAT RAYUAN DAN SEMAK KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.

Rayuan boleh dilakukan secara online bermula dari 27 April 2017. Tahun lepas pada 14 hingga 27 April 2016 sebaik  sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.

POST MENARIK  Semakan Keputusan Peperiksaan UPKK 2016

1. Rayuan Secara Online

Sila rujuk Rayuan Matrikulasi sebagai panduan. Applikasi rayuan : Klik Rayuan

2. Hadir Ke Bahagian Matrikulasi

Pemohon boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk membuat rayuan

3. Menulis Surat Rayuan

Pemohon boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi seperti contoh surat rayuan Matrikulasi di SURAT RAYUAN. Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

Untuk   mengetahui   keputusan   rayuan   tersebut, anda  boleh menggunakan  salah  satu  daripada cara berikut:

  1. talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4042 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
  2. dalam laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my
  3. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. K.P dan hantar kepada
    15888.

Selamat membuat Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi 2017.

Harga Gas Memasak Terkini 2017

Harga Gas Memasak Terkini 2018

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017