Tarikh Keputusan MUET Sesi Mac 2017 Diumumkan. Perhatian buat calon peperiksaan MUET sesi Mac 2017. Bilakah tarikh rasmi semakan keputusan MUET Mac 2017 akan diumumkan? Semakan Keputusan MUET Mac 2017 Online akan diumumkan pada minggu pertama bulan Mei 2017 (Tarikh rasmi adalah 5 Mei 2017 – Jumaat selepas pengumuman dari Portal Majlis Peperiksaan Malaysia – MPM).
Pada tahun 2016, Keputusan peperiksaan MUET sesi Mac telah diumumkan pada 5 Mei 2016. Berikut dikongsikan cara membuat semakan Keputusan MUET melalui kaedah online dan juga SMS. Semakan boleh dibuat bermula jam 1000 pagi pada tarikh keputusan peperiksaan diumumkan.
Semakan Keputusan MUET Mac 2017 Online Dan SMS
Kepada mereka yang berhasrat untuk menduduki peperiksaan MUET sesi lain iaitu Julai dan November 2017, anda boleh merujuk Kalendar Peperiksaan MUET 2017 yang memaparkan tarikh buka dan tutup pendaftaran serta tarikh ujian diadakan. Buat mereka yang telah mendaftar, anda boleh membuat semakan Slip Daftar MUET secara online.
Berikut dikongsikan cara-cara buat semakan keputusan MUET sesi Mac 2017 melalui kaedah semakan SMS dan online :-
1) Semakan melalui SMS
- Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
2) Semakan online
Keputusan MUET secara online boleh di semak di http://webmpm.mpm.edu.my/
(Semakan mulai jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan iaitu pada Jumaat, 5 Mei 2017)
Bagi mereka yang ingin lulus cemerlang Peperiksaan MUET, anda boleh merujuk kepada ebook panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET ini. Sila klik link di bawah ini untuk pesanan. Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
Selamat membuat semakan keputusan MUET Mac 2017. Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan MUET kali ini.