, , ,

Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2016/ 2017 Online

Cara Semak Keputusan PSPM Matrikulasi 2016/  2017 Online. Buat pelajar Matrikulasi KPM, Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2016/ 2017 boleh disemak secara online seperti ketetapan di bawah ini. Semakan juga boleh dibuat melalui SMS.

Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2016

Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2016/ 2017 Online

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester I Sesi 2016/2017

  • Keputusan PSPM II Sesi 2016/2017 akan diumumkan pada 20 Jun 2017 bermula jam 1000 pagi

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester I Sesi 2016/2017

  • Keputusan PSPM I Sesi 2016/2017 akan diumumkan pada 20 Jun 2017 bermula jam 1000 pagi

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester III Sesi 2016/2017

  • Keputusan PSPM I Sesi 2016/2017 akan diumumkan pada 20 Jun 2017 bermula jam 1000 pagi

Syarat Kelayakan Meneruskan pengajian

A. Calon Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester 1

  1. Pelajar mendapat keputusan semester 1 GPA 2.0 dan keatas akan meneruskan pengajian ke Semester 2.
  2. Pelajar jurusan sains (Modul I,II,III) yang memperoleh keputusan semester 1 GPA 2.0 dan kebawah pada semester 1 akan diberikan status gagal dan meneruskan pengajian ke semester 2 Program Dua Tahun.
  3. Pelajar jurusan sains, teknikal dan perakaunan yang mendapat keputusan semester 1 dibawah GPA 2.0 akan diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.
  4. Pelajar repeat (mengulang) yang memperoleh GPA 2.0 kebawah diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.
POST MENARIK  Keputusan Badminton Sukan Olimpik Rio 2016

B. Calon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester 1

  1. Pelajar mendapat keputusan semester 1 GPA 2.0 dan keatas akan meneruskan pengajian ke Semester 2.
  2. Pelajar memperoleh keputusan semester 1 GPA 1.5 < 2.0 dan gagal kali pertama akan meneruskan pengajian ke semester 2.
  3. Pelajar yang mendapat keputusan semester 1 dibawah GPA 1.5 akan diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.

C. Calon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester 3

  1. Pelajar mendapat keputusan semester 3 GPA 2.0 dan keatas akan meneruskan pengajian ke Semester 4.
  2. Pelajar memperoleh keputusan semester 3 GPA 1.5 < 2.0 dan gagal kali pertama akan meneruskan pengajian ke semester 4.
  3. Pelajar yang mendapat keputusan semester 3 dibawah GPA 1.5 diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.
POST MENARIK  Keputusan Liga Hoki Dunia Separuh Akhir 2017

Cara Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2016/ 2017

  1. Semakan Online
  2. Semakan SMS
    • Taip MOE MAK < NO KAD PENGENALAN > hantar ke 15888
  3. Panggilan Telefon
    • Hubungi Kolej Matrikulasi anda atau;
    • Hubungi Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844021

Semoga pelajar Matrikulasi berjaya dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan matrikulasi yang akan diumumkan ini. Keputusan yang cemerlang membolehkan pelajar mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA melalui Permohonan UPU 2017 online.

(Visited 3,756 times, 1 visits today)

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *