Tarikh Semakan Keputusan SPM Ulangan 2017. Bagi calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU 2017) pada bulan Jun 2017 yang lalu, Menerusi makluman KPM, Semakan Keputusan SPMU 2017 boleh disemak secara SMS pada 24 Ogos 2017 (Hari Khamis). Link semakan secara akan dikongsikan jika ada.
Slip keputusan calon akan diposkan ke alamat yang terdapat dalam rekod ataupun calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan tersebut bagi mendapatkan slip keputusan penuh.
Semakan Keputusan SPMU (SPM Ulangan) 2017 Online Dan SMS
Berikut dikongsikan maklumat penting cara membuat Semakan Keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2017 yang boleh disemak secara sms seperti langkah berikut:
- Taipkan SPMU <jarak> RESULT <jarak> No KP dan hantarkan ke 15888. Makluman keputusan akan diumumkan di Portal Rasmi KPM di ruangan pemberitahuan terkini
- Tarikh Semakan : 24 Ogos 2017 (Khamis)
- Semakan online – Akan dikemaskini
- Permohonan pembetulan maklumat pada Keratan Keputusan Peperiksaan boleh dibuat dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan
- Sijil/pernyataan keputusan peperiksaan akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6)
bulan selepas pengumuman keputusan peperiksaan. - Calon sekolah akan menerima sijil/pernyataan keputusan peperiksaan daripada
Pengetua sekolah tempat calon mendaftar.
Nota Keputusan SPMU 2017
- Calon persendirian akan menerima sijil/pernyataan keputusan peperiksaan
daripada Pengarah Pelajaran Negeri di negeri calon mendaftar. - Sebarang pindaan atau pengubahsuaian pada sijil/pernyataan keputusan
peperiksaan akan menyebabkan sijil peperiksaan/pernyataan keputusan tidak
sah. - Pengarah Peperiksaan/Pengarah Pelajaran Negeri tidak akan bertanggungjawab
sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan sijil/pernyataan keputusan
peperiksaan yang tidak dituntut. - Pengarah Peperiksaan boleh melupuskan sijil/ pernyataan keputusan peperiksaan
yang tidak dituntut dalam tempoh yang ditentukan olehnya.
Semoga mendapat keputusan yang cemerlang kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SPMU yang lepas dan melanjutkan pembelajaran di Institut Awam atau Swasta.