Semakan Keputusan Penggal Kedua STPM 2016 . Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 Penggal Kedua akan diumumkan pada 3 Ogos 2016 jam 10.00 pagi seperti makluman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Pelajar boleh melakukan semakan pada tarikh dan jam yang telah diumumkan. Berikut adalah Semakan Keputusan STPM 2016 yang dapat dikongsikan pada anda semua.
Semakan Keputusan STPM 2016
1) Hadir ke sekolah
- Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 10.00 pagi, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos
2) Semakan SMS
- Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip:
- STPM [jarak] RESULTP2 [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
3) Semakan Online STPM 2016
- Calon boleh melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia untuk melakukan semakan mulai jam 10.00 pagi pada 3 Ogos 2016
Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan selamat membuat Semakan Keputusan STPM 2016.