in

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online

Menerusi makluman Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan Peperiksaan UPSR 2018 akan dikeluarkan pada hari Khamis, 29 November 2018. Seramai 440,743 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 selama lima hari pada 20 & 24 hingga 27 September 2018 di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara. Berikut adalah maklumat Semakan Keputusan UPSR 2018 yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Calon-calon boleh mendapatkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10.00 pagi, pada hari keputusan UPSR 2018 diumumkan iaitu pada hari Khamis, 29 November 2018. Waris adalah dibenarkan untuk mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui SMS ke 15888.

POST MENARIK  Semakan Keputusan PIDN 2016

PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.

Pelaporan tersebut merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) bagi murid aliran perdana atau Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.

Semakan Keputusan UPSR 2016

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online Dan SMS

1) Datang hadir ke sekolah – calon boleh mendapatkan slip keputusan UPSR mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10.00 pagi, pada 29 November 2018. Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui SMS ke 15888.

POST MENARIK  Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

2) Semakan SMS – Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan SMS Keputusan peperiksaan UPSR 2018 akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada tarikh keputusan UPSR diumumkan iaitu hari Khamis, 29 November 2018 sehingga 8 Disember 2018.

  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

3) Semakan Atas Talian

Kenyataan Media KPM Keputusan UPSR 2018

Klik KPM

Semoga perkongsian Semakan Keputusan UPSR 2018 ini dapat membantu ibubapa membuat semakan tentang keputusan UPSR 2018 anak-anak anda. Diucapkan tahniah juga kepada calon yang berjaya meraih keputusan cemerlang.

Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/ 2019 Online