in ,

Semakan Penyata Gaji Online Kakitangan Awam Malaysia

Semakan Penyata Gaji Online Kakitangan Awam Malaysia | E-Penyata Gaji Online merupakan satu kemudahan online yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM) bagi membolehkan Kakitangan Awam Kerajaan menyemak penyata (slip) gaji mereka secara online. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Penyata Gaji Online Kakitangan Awam Malaysia.
Semak Penyata Gaji Online Kakitangan Awam Malaysia
Kaedah ini ternyata memberikan kemudahan serta dapat mempercepatkan proses mendapatkan penyata gaji secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya dikeluarkan sekali sebulan.

Semakan Penyata Gaji Online Kakitangan Awam

[junkie-alert style=”red”] Semak Penyata Gaji Online KLIK DI SINI [/junkie-alert]

Cara Buat Semakan e-penyata Gaji Online

Berikut dikongsikan panduan cara-cara membuat semakan penyata gaji secara online:
  1. Pendaftaran Pengguna Baru
    Kepada mereka yang merupakan seorang pengguna baru, sila buat pendaftaran dulu sebelum dapat menggunakan applikasi semakan ini. Klik pautan “Pertama Kali Mendaftar” untuk membuat pendaftaran.
  2. Menyemak Slip Gaji Online
    Setelah urusan pendaftaran selesai, anda boleh mengakses sistem dengan log in menggunakan maklumat-maklumat seperti dipaparkan, contoh No. Kad Pengenalan / No. Pasport, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan.

    • Klik masuk ke Laman ANM
    • Pilih e-penyata Gaji & Laporan
  3. Kakitangan awam atau kerajaan boleh juga membuat semakan laporan pendapatan tahunan melalui E-Penyata Gaji Online.

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi JANM melalui email di [email protected] atau menghubungi talian telefon di 03-88821000.

Semoga E-Penyata Gaji Semakan Online ini bermanfaat dan dapat memudahkan Kakitangan Awam di Malaysia dalam merancang kewangan seperti membuat pinjaman, bercuti dan sebagainya.

POST MENARIK  Permohonan UPSI Februari 2017 Online

Permohonan JPA PIDN 2016 Online Program Ijazah

Contoh Surat Rayuan Kemasukan Ke IPTA