in , , ,

Semakan Saman PDRM JPJ Online

Zaman teknologi yang canggih sekarang memudahkan kita untuk membuat pertanyaan, semakan ataupun perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan seharian kita secara online. Tidak terkecuali, sekarang anda boleh membuat semakan saman secara online untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), AES dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui kaedah semakan online di laman web atau melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS). Berikut adalah cara Semakan Saman PDRM JPJ dilakukan oleh pengguna untuk membuat semakan saman secara online di Malaysia dengan mudah dan pantas adalah seperti berikut :

Semakan Saman PDRM JPJ OnlineSemakan Saman PDRM JPJ Online

A. Semak saman PDRM Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara semak saman melalui SMS :

Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No plat kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.

  • Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 atau POLIS SAMAN WWW1234
  • Untuk jawapan terperinci, sila taip mesej seperti berikut:
    • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email] dan hantark ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang disertakan. Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 [email protected]
POST MENARIK  Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar

* Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap SMS yang di hantar dan 20 sen untuk setiap SMS yang diterima

B. Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM
  • Untuk yang sudah mendaftar – boleh login di SSO RMP
  • Untuk belum mendaftar sila daftar di Register

C. Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi

  1. Sila klik link ini : Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan
  2. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:
    • Taip JPJ your IC Number and send to 37773
      Contoh: JPJ 123456734000 hantar ke 37773
    • Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
      Contoh:
      JPJ SAMAN 881111122111 atau
      JPJ SAMAN WWW1234

D. Semak Saman Melalui Sistem MYeG

Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk menyemak saman anda. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah :

POST MENARIK  Semakan Baki Pinjaman MARA Online eBaki

myeg services

  • Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.
    • Tekan butang Daftar Sekarang (Register Now)
  • Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta…
    Kemudian anda boleh hantar
  • Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Menyemak Saman yang mana satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)
  • Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan

Anda boleh pergi ke > MyEG Services Berhad

Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda

Semoga Semakan Saman PDRM JPJ Online ini bermanfaat kepada anda. Nasihat kepada semua, ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan di jalan raya. Jika tidak, anda kenalah buat langkah-langkah membayar saman seperti di atas.

Borang Pendaftaran MUET Mac 2017 Online

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2017