Cara Semak Status Halal Jakim Online Dan SMS. Terlalu banyak barangan tidak halal masa kini kerana ada peniaga yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Berikut adalah Cara Semakan Status Halal Jakim yang dapat membantu anda dalam memilih produk yang halal.

Semakan Status Halal Jakim
Pengguna boleh mengakses maklumat halal dengan cara-cara berikut :
Cara Semak status HALAL Online
- Semak status HALAL – HALAL JAKIM
- Senarai syarikat yang mendapat Sijil Halal Jakim TERBARU – HALAL JAKIM
- Aduan Halal – HALAL JAKIM
Cara semak status HALAL melalui SMS
Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba semak dengan telefon bimbit anda:
- Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888
Maklumat lanjut sila layari laman web :- http://www.mysms.gov.my
Semuga perkongsian sedikit maklumat ini dapat membantu umat Islam Malaysia yang ingin membeli atau menggunakan apa-apa produk. Dan kita umat Islam ada tanggungjawab FARDU KIFAYAH yang perlu diselesaikan terutama urusan makanan Halal dan Haram ni.