Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD). Bagaimana membuat Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara? Berikut dikongsikan cara semak WTD untuk wang milik mereka di dalam bank, firma atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya. Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Berikut dikongsikan panduan cara membuat tuntutan dan pembayaran wang tidak di tuntut di JANM. kredit Panduan Malaysia
Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)
Berikut dikongsikan Cara membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara. Untuk makluman pengguna, wang tak dituntut termasuklah wang dari akaun-akaun bank yang tidak aktif, bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama kita bekerja atau mana-mana firma yang mempunyai kaitan dengan kita.
Syarikat-syarikat yang dinyatakan ini mungkin gagal untuk menyerahkan sendiri wang hak anda atas faktor pertukaran alamat dan maklumat peribadi yang tidak lengkap. Pihak terbabit akan menyerahkan wang itu kepada Pendaftar WTD yang bertanggungjawab untuk membayar balik WTD kepada tuan punya wang yang berhak.
Cara Semak Wang Tidak Di Tuntut (WTD) Di JANM
Untuk makluman, cara membuat semakan cukup mudah seperti berikut :-
- Datang atau hadir sendiri ke Jabatan Akauntan Negara (JANM) di seluruh negeri. Senarai Lokasi JANM di seluruh negeri ada dipaparkan di Lokasi JANM
- Bawa Kad pengenalan/ MyKad dan serahkan MyKad di kaunter
- Pegawai bertugas JANM akan membuat semakan melalui sistem dan tidak sampai lima minit pemohon akan dapat tahu jika mempunyai WTD
- Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan
- Semakan waris yang telah meninggal dunia boleh juga dibuat. Sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris
- Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut
- Sertakan beberapa dokumen berkaitan yang antara lain meliputi salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik secara bank-in.
Untuk panduan selanjutnya, pemohon boleh merujuk kepada Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut yang terdapat dalam PDF.
Selamat membuat semakan WTD. Semoga perkongsian Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara bermanfaat buat semua.