Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018. Berikut disertakan syarat kelayakan permohonan BR1M 2018 – Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018. Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018 adalah dari Sumber e-BR1M
Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018
Berikut adalah SYARAT KELAYAKAN untuk memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018.
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Kemukakan Salinan
Pemohon perlu mengemukkakan salinan seperti berikut semasa permohonan BR1M 2018 :-
- MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
- Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Nota
- Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
- Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.
- Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2018
Cara Menyemak Permohonan BR1M 2018
Berikut adalah Cara Menyemak Keputusan Permohonan BR1M 2018 yang akan dikeluarkan pada bulan Februari 2018 :
- Semakan BR1M
Pendaftaran untuk permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka bermula 27 November hingga 31 Disember 2017. Klik sini untuk membuat permohonan BR1M 2018.