in , , , , ,

Syarat Kemasukan Ke UTM Lepasan SPM/Setaraf

Syarat Kemasukan Ke UTM Lepasan SPM/Setaraf. Kepada semua pelajar lepasan SPM yang baru sahaja mengambil keputusan SPM 2016 anda dialu-alukan menjadi warga UTM pada sesi yang akan datang. Untuk pengetahuan anda, UTM berada di kedudukan kelima sebagai universiti terbaik di Malaysia pada tahun 2016. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atau sebelum ini Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara. Berikut adalah Syarat Kemasukan Ke UTM Lepasan SPM/Setaraf yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Syarat Kemasukan Ke UTM Lepasan SPM/Setaraf

Syarat Kemasukan Ke UTM Lepasan SPM/Setaraf

Berikut adalah Syarat Kemasukan Ke UTM Lepasan SPM/Setaraf yang telah dikeluarkan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia sebagai medium menjadi warga UTM :

Syarat Am / Minimum Kemasukan Ke UTM Lepasan SPM/Setaraf

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (GRED C) termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu
  3. Lulus mata pelajaran sejarah pada peringkat SPM
  4. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM/setaraf

Syarat Khas Kemasukan Ke UTM Lepasan SPM/Setaraf

1.  Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) / Diploma Sains Komputer (Multimedia)

  • Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dan mendapat kepujian (GRED B) dalam mata pelajaran :
    • Mathematics
  • Dan TIGA (3) dari mata pelajaran seperti berikut :
    • Additional Mathematics
    • Information and Communication Technology atau Fundamentals of Programming atau Programming and Development Tools
    • Physics
    • Chemistry
    • Additional Science atau Science atau Biology
    • Prinsip Perakaunan atau Perdagangan atau Ekonomi Asas atau Reka Cipta
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Elektrik & Elektronik /Awam
    • Sejarah atau Geografi
    • Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pengetahuan Moral atau Bahasa Arab

2. Diploma Kejuruteraan Awam

  • Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dan mendapat kepujian (GRED B) dalam mata pelajaran :
    • Mathematics
    • Physics
    • Additional Mathematics
  • Dan salah SATU (1) dari mata pelajaran seperti berikut :
    • Chemistry
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Awam
    • Additional Science atau Science atau Biology
    • Sejarah atau Geografi
    • Information and Communication Technology atau Reka Cipta
POST MENARIK  Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

3. Diploma Kejuruteraan Elektronik / Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) / Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) / Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik)

  • Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dan mendapat kepujian (GRED B) dalam mata pelajaran :
    • Mathematics
    • Physics
    • Additional Mathematics
  • Dan Salah SATU (1) dari mata pelajaran seperti berikut :
    • Chemistry
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    • Additional Science atau Science atau Biology
    • Pendawaian Domestik atau Prinsip Elektrik dan Elektronik atau Aplikasi Elektrik dan Elektronik
    • Information and Communication Technology atau Reka Cipta
    • Sejarah atau Geografi
  • Tidak rabun warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali

4. Diploma Kejuruteraan Mekanikal / Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)

  • Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dan mendapat kepujian (GRED B) dalam mata pelajaran :
    • Mathematics
    • Physics
    • Additional Mathematics
  • Dan Salah SATU (1) dari mata pelajaran seperti berikut :
    • Chemeistry
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
    • Amalan Bengkel Mekanikal
    • Penyejukan atau Penyamanan Udara
    • Automotif Kenderaan
    • Kimpalan Arka atau Kimpalan Gas
    • Additional Science atau Science atau Biology
    • Reka Cipta
    • Sejarah atau Geografi
  • Tidak rabun warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali

5. Diploma Ukur Tanah

  • Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dan mendapat kepujian (GRED B) dalam mata pelajaran :
    • Mathematics
  • Dan TIGA (3) dari mata pelajaran seperti berikut :
    • Physics
    • Additional Mathematics
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Awam
    • Additional Science atau Science atau Biology
    • Sejarah atau Geografi
    • Chemistry
    • Information and Communication Technology atau Reka Cipta
  • Tidak rabun warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali

6. Diploma Pengurusan Harta Tanah

  • Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dan mendapat kepujian (GRED B) dalam mata pelajaran :
    • Mathematics
  • Dan TIGA (3) dari mata pelajaran seperti berikut :
    • Additional Mathematics
    • Prinsip Perakaunan
    • Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Pengajian Keusahawanan
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Geografi atau Sejarah
    • Additional Science atau Science atau Biology
    • Information and Comunication Technology
    • Rekacipta
    • Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan
    • Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Islam atau Pengetahuan Moral
    • Teknologi Binaan atau Pengajian Kejuruteraan Awam
POST MENARIK  Semakan Keputusan SPM 2016 Online Dan SMS

7. Diploma Ukur Bahan

  • Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dan mendapat kepujian (GRED B) dalam mata pelajaran :
    • Mathematics
  • Dan TIGA (3) dari mata pelajaran seperti berikut :
    • Additional Mathematics
    • Geografi atau Sejarah
    • Information and Comunication Technology atau Reka Cipta
    • Prinsip Perakaunan atau Ekonomi Asas atau Perdagangan
    • Additional Science atau Science atau Biology
    • Physics atau Chemistry
    • Teknologi Binaan atau Pengajian Kejuruteraan Awam
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Islam atau Pengetahuan Moral

8. Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah

  • Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dan mendapat kepujian (GRED B) dalam mata pelajaran :
    • Mathematics
  • Dan TIGA (3) dari mata pelajaran seperti berikut :
    • Additional Mathematics
    • Geografi atau Sejarah
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Chemistry atau Physics
    • Additional Science atau Science atau Biology
    • Ekonomi Asas
    • Pengajian Kejuruteraan Awam
    • Information and Communication Technology atau Reka Cipta
    • Prinsip Perakaunan atau Perdagangan
    • Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pengetahuan Moral atau Pendidikan Seni Visual
    • Hortikultur Hiasan dan Landskap atau Landskap dan Nurseri

9. Diploma Pengurusan Teknologi / Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)

  • Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dan mendapat kepujian (GRED B) dalam mata pelajaran :
    • Mathematics
  • Dan TIGA (3) dari mata pelajaran seperti berikut :
    • Prinsip Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Additional Mathematics
    • Information and Communication Technology atau Reka Cipta
    • Additional Science atau Science atau Biology atau Physics atau Chemistry
    • Sejarah atau Geografi
    • Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Islam atau Pengetahuan Moral atau Bahasa Arab
  • Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai kepujian dalam Prinsip Perakaunan atau Ekonomi Asas atau Perdagangan

Semoga rujukan Syarat Kemasukan Ke UTM Lepasan SPM/Setaraf ini dapat membantu anda membuat persediaan untuk menjadi warga UTM dan menabur bakti untuk negara dalam bidang yang diceburi.

(Visited 12,569 times, 7 visits today)

One Comment

Leave a Reply
  1. Kalau dapat 5 kepujian dan mendapat gred B dalam matematik tetapi gagal dan bahasa inggeris…Adakah permohonan saya akan diterima?…Harap maklum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Keputusan Juara Pencetus Ummah 2016 Musim 4

Tarikh Mula Dan Cuti Persekolahan 2017