in

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017

Bilajah Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017?. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dalam kenyataan media pada 22 Februari 2017. Memaklumkan yang pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2016 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF mulai 1 Mac 2017 ini. 

Bagi Borang BE, pembayar  cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing). e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh  LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017 LHDN (Borang e 2017)

LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP mereka dalam tempoh  yang  telah  ditetapkan  bagi  mengelakkan  sebarang  penalti  lewat  hantar BNCP dikenakan terhadap mereka

Tarikh akhir pengemukakan BNCP Tahun Taksiran 2016 bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut :-

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017

* NOTA

  1. * Tarikh tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDN
  2.  * BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
  3. * Contoh: Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2016 adalah 30 April 2017. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2017 bagi e-Filing Borang BE (e-BE) Tahun Taksiran 2016. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2016 secara e-Filing (e-BE) pada 16 Mei 2017. BNCP tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2017 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
  4. Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) ACP 1967 bagi BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing / pos  

Tambahan Masa Untuk Pengemukaan BNCP Tahun Taksiran 2016 (Borang e 2016)

Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk sebarang maklumat  tambahan masa untuk mengemukakan BNCP secara e-Filing, pos atau serahan tangan.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017

  • Tambahan Masa.

Pembayar  Cukai  yang  belum  pernah  menggunakan  aplikasi  e-Filing  sebelum  ini perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

Manakala  bagi  pembayar  cukai  yang  terlupa  kata  laluan e-Filing  dan mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM  pula. Mereka  boleh  set  semula  (reset) kata  laluan melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.

Bagi  pembayar  cukai  yang  tidak  mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod.

Adalah   diingatkan   bahawa   permohonan   untuk reset kata   laluan   e-Filing menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.

Adalah dinasihatkan “Pembayar cukai diminta segera mengemukakan BNCP mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan,”

Apa Itu e-Filling

e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN. Ianya untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan htpps://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan di talian 1-800-88-5436. Panduan e-filling LHDN di SINI

Semoga perkongsian Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017 bermanfaat buat semua.

POST MENARIK  Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Semakan Keputusan Matrikulasi 2017 Online

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah