in , , ,

Tarikh Pembayaran Bantuan Sekolah 2017 KPM

Tarikh Pembayaran Bantuan Sekolah 2017 KPM. Makluman kepada semua ibubapa, hasil dari Pembentangan Bajet 2017, pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bakal menerima bantuan persekolahan berjumlah RM100 bagi pendapatan isi rumah berjumlah RM 3000 ke bawah sahaja. Bantuan ini akan diberi secara berperingkat di Malaysia mengikut makluman dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut adalah Tarikh Pembayaran Bantuan Sekolah 2017 yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Tarikh Pembayaran Bantuan Sekolah 2017

Tarikh Pembayaran Bantuan Sekolah 2017

Berikut adalah Tarikh Pembayaran Bantuan Sekolah yang akan diterima bagi pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan yang dikeluarkan dari Kerajaan Malaysia :

  • Tarikh Pembayaran Bantuan : 20 Januari 2017
  • Jumlah Bantuan : RM100 seorang

Syarat Kelayakan Bantuan Sekolah 2017

Berikut adalah kriteria kelayakan pelajar bagi menerian bantuan sekolah 2017 :

  1. Pelajar mestilah warganegara Malaysia
  2. Bagi pelajar bukan warganegara, salah seorang ibubapa / penjaga mestilah warganegara Malaysia
  3. Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dalam kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3000 dan ke bawah
  4. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
POST MENARIK  Permohonan Daftar Simpanan Shariah KWSP

Semoga Bantuan Sekolah 2017 yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibubapa. Semoga ibubapa dapat memanfaatkan bantuan ini dengan baiknya.

Semakan PLKN 2017 Penempatan Calon

Contoh Surat Rayuan PTPTN Permohonan Pinjaman