in ,

Tugasan PT3 Geografi 2015 Kajian Lapangan – Kegiatan Ekonomi

Panduan Cara Buat Tugasan PT3 Geografi 2015 – Kegiatan Ekonomi. Pelajar PT3 tahun 2015  untuk mata pelajaran Geografi, adalah dikehendaki untuk menjalankan kajian lapangan berkenaan dengan pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal atau sekolah pelajar.

Untuk makluman, kajian lapangan hendaklah mengandungi beberapa perkara penting seperti berikut :-

Tugasan PT3 Geografi 2015 Kegiatan Ekonomi

1. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi
Tugasan PT3 Geografi 2015 - Kegiatan Ekonomi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ……………  antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian.

Rujukan: Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.

POST MENARIK  Contoh Surat Permohonan Latihan Industri

2. Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut

3. Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut

4. Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya

Contoh-contoh kegiatan ekonomi di sekitar kawasan petempatan:

1. Pertanian
2. Perikanan
3. Perhutanan
4. Perlombongan
3. Perniagaan
4. Perindustrian
5. Penternakan
6. Perkilangan

Bahan Rujukan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

  • Semua borang soal selidik (contoh di sini) yang telah dijawab oleh responden (10 hingga 20) wajib disertakan bersama-sama hasil kajian
  • Digalakkan menyertakan foto/ gambar/ rajah/ grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian
  • Menulis sumber rujukan dengan betul
  • Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data
POST MENARIK  Permohonan Kemasukan ke UTHM Sesi Februari 2017

Bahan Rujukan Tugasan Geografi PT3 2015:

1) Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk

2) Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

3) Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia

Contoh tugasan Kegiatan Ekonomi klik PT3

Kredit Cekgu Norazimah & Rossa Calla

Punca Keracunan Makanan Dan Cara Mengatasi

Tugasan PT3 2015 Sejarah – Persetiaan Persekutuan 1895