in , , ,

Semakan Baki Pinjaman MARA Online eBaki

eBaki Semakan Baki Pinjaman MARA Online. Kemudahan e-baki yang disediakan oleh MARA ini membolehkan pengguna yang ada kemudahan MARA untuk menyemak baki Biasisiwa & Pinjaman Pelajaran, Pinjaman Komputer, Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA serta penyata bagi tahun semasa secara online. Berikut adalah Semakan Baki Pinjaman MARA Online eBaki yang dapat dikongsikan pada anda semua bagi membuat semakan di akaun MARA anda.

eBaki MARA
Semakan Baki Pinjaman MARA Online eBaki

  • 1) Pendaftaran Pengguna Baru Di SINI
  • 2) Pertanyaan Baki/ Penyata Biasiswa Dan Pinjaman MARA – KLIK SINI

FAQ Semakan Baki Pinjaman MARA Online eBaki

  1. Q: Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 13hb (contoh), tapi sekarang sudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya.
    A: Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.
  2. Q: Saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi tiada elaun komputer dan yuran diterima.
    A: Elaun komputer dan yuran pertama akan dibayar pada prosesan bayaran sebulan selepas elaun pertama diterima. Yuran seterusnya akan dibayar setiap 1 Mac dan 1 September.
  3. Q: Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup dan yuran, tetapi kenapa di akaun bank hanya ada bayaran elaun sara hidup.
    A: Sila semak dengan pihak kewangan kolej/universiti masing-masing sama ada pihak kewangan kolej/universiti ada menggunakan kemudahan auto-debit/direct debit dengan pihak bank bagi potongan yuran.
  4. Q: Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya RM3,600 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,000 (kurang RM600)?
    A: Amaun potongan RM600 adalah merupakan bayaran balik pendahuluan pinjaman pelajaran yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100 sebulan. Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan, maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan).
  5. Q: Saya pelajar separuh masa (part-time student) menerima pinjaman separuh daripada MARA. Mengapa yuran saya masih belum dibayar?
    A: Pembayaran yuran adalah dijadualkan dibayar pada bulan Mac dan September sahaja.
    Walaubagaimanapun, kepada pelajar yang menerima pinjaman separuh (Yuran sahaja), bayaran yuran semester pertama dibuat secara manual melalui tuntutan atau invois kepada alamat di bawah:-
    Pengarah Penganjuran Pelajaran MARA (BPP)
    Unit Bayaran
    Tingkat 3, Medan MARA
    21 Jalan Raja Laut
    50609 Kuala Lumpur
  6. Q: Saya merupakan pelajar professional ACCA dan masih belum menerima bayaran yuran pengajian dan yuran peperiksaan dari MARA. Apa yang saya perlu lakukan?
    A: Bayaran yuran terus kepada pelajar hanya untuk pelajar peringkat diploma/ijazah/sarjana/PhD sahaja. Pelajar program professional perlu membuat tuntutan sendiri atas perbelanjaan yang dikeluarkan.
  7. Q: Bolehkah saya menggunakan akaun bank pihak ketiga (ibu/bapa/kakak/abang/penjaga) bagi tujuan pembayaran elaun MARA saya?
    A: Pelajar hendaklah menggunakan nombor akaun bank sendiri agar data bayaran tidak ditolak oleh Bank.
  8. Q: Sudah 3 bulan saya menghantar dokumen perjanjian kepada MARA, namun sehingga kini saya masih belum menerima elaun pertama. Adakah permohonan pinjaman saya bermasalah?
    A: Sila hubungi admin Eduloan untuk mengetahui status pinjaman Eduloan anda.
    [email protected] / [email protected] / [email protected]
  9. Q: Saya menerima notis senarai hitam (blacklist) daripada MARA. Apakah yang perlu saya lakukan?
    A: Sila hubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini.
    Emel: [email protected]
    Telefon: 03-261 32286 / 32136 / 32133 / 32131 / 32399 / 32288 / 32192 / 32178.
  10. Q: Saya sudah membuat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA, tetapi saya masih belum menerima sebarang maklum balas.
    A: Sila hubungi Unit Conversion di Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
    Emel: [email protected]
    Telefon: 03-261 32180 / 32171 / 32181 / 32198 / 32140.
  11. Q: Saya sudah habis membuat bayaran balik pinjaman pelajaran MARA. Saya ingin memohon surat pengesahan selesai baki pinjaman.
    A: Sila hubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan surat pengesahan selesai baki pinjaman.
    Emel: [email protected]
    Telefon: 03-261 32286 / 32136 / 32133 / 32131 / 32399 / 32288 / 32192 / 32178.
  12. Q: Saya dapati Baki Pinjaman saya di eBaki kurang dari Amaun Pinjaman yang diluluskan dalam Surat Perjanjian. Saya sekarang di semester akhir pengajian. Adakah saya masih layak ke atas amaun pinjaman/elaun yang masih belum diterima?
    A: Maklumat baki pinjaman dalam eBaki adalah standard atau sama untuk semua jenis pinjaman MARA termasuk pinjaman pelajaran samada status akaun pinjaman yang masih aktif menerima bayaran dari MARA atau telah tamat tajaan atau sedang dalam membuat bayaran balik pinjaman kepada MARA.
POST MENARIK  Jadual Peperiksaan SPM 2017

Jika baki pinjaman kurang dari amaun peruntukan yang diluluskan dan masih aktif tajaan, peminjam masih layak dibayar elaun dan/atau yuran.

Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMS