in

Permohonan JPA PIDN 2016 Online Program Ijazah

Permohonan JPA PIDN 2016 Online Program Ijazah Dalam Negara. Dirujuk dari Portal eSILA, permohonan pinjaman boleh ubah JPA PIDN 2016 Online Program Ijazah Dalam Negara akan dibuka bermula dari 23 Mei 2016. PIDN merupakan program penajaan kepada 7,000 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).

Permohonan JPA PIDN 2016 Online Program Ijazah Dalam Negara

Berikut dikongsikan maklumat penting berkenaan dengan Permohonan JPA PIDN 2016 Online yang mengandungi tarikh penting, syarat permohonan, bidang pengajian, soalan lazim dan applikasi permohonan:

Tarikh Buka : 23 Mei 2016 (Isnin)
Tarikh Tutup : 30 Mei 2016 (Isnin)
Bidang pengajian penajaan :  Bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.
Bentuk Penajaan Pelajar : Pinjaman Boleh Ubah

POST MENARIK  Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar SPM 2013

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan JPA PIDN 2016 Online Program Ijazah Dalam Negara :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit- penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya
  3. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  4. Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tarikh permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
  7. Berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian
  8. Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama
POST MENARIK  Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

 

Cara Permohonan JPA PIDN 2016

  • Anda boleh melayari ke eSILA

 

Sebarang Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada malkumat di bawah ini

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 6, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Pertanyaan Penajaan
Waktu: 8:00 pagi – 5.00 petang
Talian: 03-8885 3049 (10 talian)
Email: [email protected]

Talian Teknikal
Waktu: 8.30 pagi – 5.00 petang (18-24 Mei 2015)
Talian: 03-8885 3541 / 3552 / 3453
Email: [email protected]

SUMBER

Semakan Ujian MedSI Dan Temuduga UPSI Pendidikan 2016 Online

Semakan Ujian MedSI 2016 Dan Temuduga UPSI Pendidikan Online

Semakan Penyata Gaji Online Kakitangan Awam Malaysia